
Siapa saja yang tidak menggemari piza. Tambah-tambah dapat perisa yang digemari. Buat untuk makan malam pun sungguh mengenyangkan.
Resipi untuk doh piza:
1/2 cawan air suam
1 sudu besar yis
1 sudu kecil gula
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam
Topping piza:
Sos bolognese – masak dulu macam sos spagheti tu
Keju mozarella/ parmesan
Crabstick
Capsicum hijau/merah
Bawang Holland
Cara memasak:
1.Campurkan air suam dengan yis dan gula.
2.Biarkan dalam 10 minit hingga yis kembang.
3.Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung, garam dan minyak.
4.Gaul rata dan masukkan yis yang sudah kembang tadi.
5.Uli seketika hingga doh tak lekat di tangan dan perap selama 1 jam
6.Bila dah 1 jam, ambil doh tadi dan tumbuk-tumbukkan biar keluar angin.
7.Taburkan tepung atas papan pencanai dan bahagikan kepada dua bahagian
8.Canaikan doh tadi, bentuk bulat dan letakkan dalam loyang yang sudah dilenser dengan sedikit mentega/minyak.
9.Ambil garfu dan cucukkan doh tadi.
10.Letakkan cheese di keliling piza dan gulung.
11.Gunting tepi dan keliling piza agak-agak dalam 1 inci jarak .
12.Letakkan sos bolognese atas doh.
13.Taburkan sedikit cheese.
14.Letakkan crabstick, bawang Holland dan capsicum
15,Taburkan cheese lagi.
16.Dah siap biarkan seketika dalam 15 minit hingga doh naik semula.
17.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 30 minit
18.Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba
Kredit:Hidayati Hana
INGIN MEMBELI MICROWAVE BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Cara Buat Cheese Tart Buncit. Puas Makan & Boleh Buat Jualan
Buat Puff Pastry Sosej Sendiri, Hanya Guna Air Fryer. Mudah Tapi Sedap!
Cara Buat Creampuff Bersama Sos. Lembut & Gebu Memang Tak Cukup Satu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Kek Gebu Dari Adriana Cakes House. Kek Lobak Merahnya Memang ‘Legend’…

Isi Kandungan
ToggleKepelbagaian bahan ramuan kek adalah kunci kepada terciptanya pelbagai resepi kek. Tak payah tunggu raya pun boleh aje buat kek ni. Kalau terlebih boleh aje simpan dalam peti sejuk. Jadi kalau ada tetamu tetiba datang ke rumah , bolehlah jamu kek sedap gebu ni.
Samada dari buah-buahan, bijirin ,kekacang, coklat dan perisa memberikan variasi dan ‘warna’ kepada kek tersebut. Norhayati Ahmad dari Adriana Cakes House sudi berkongsi resipi kepada ‘followers’ RASA.
1. KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A:
- 200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak
- *Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.
Bahan B:
- 250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
- 100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
- 240 gm gula halus
- 180 gm minyak jagung
- 2 biji telur saiz A
Bahan krim keju :
- 150 gm krim keju
- 30 gm mentega tanpa garam
- 60 gm gula aising
- 10 gm whipping cream
*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan
CARA MEMASAK :
Kek :
1. Putar gula dan telur hingga kembang
2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati.
5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang.
6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit.
7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing..
8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.
Krim keju :
1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang.
3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 40 – 50 minit
Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
2. KEK JAGUNG LAPIS
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
- 5 biji telur gred A
- 160 gm gula
- 125 gm tepung gandum*
- 1 sudu kecil baking powder* (*disatukan dan diayak)
- 75 gm minyak jagung
- 15 gm ovalet
- 2 sudu makan susu segar
Bahan kastad :
- 1050 ml santan (200ml santan kotak + air)
- 225 gm gula castor
- 10 gm serbuk agar agar
- Sedikit pewarna kuning
- 100 gm tepung Hoen Kwee (warna kuning)
- 75 ml air
- Secubit garam
- 400 gm ( 1tin jagung krim)
CARA MEMASAK :
Kek :
1. Satukan telur, ovalatte dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu segar. Gaul rata.
2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin segi empat berukuran (20 sm x 20sm,) yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas mentega.
3. Sapukan juga permukaan kertas dengan mentega.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. Bila sudah masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan di atas redai.
5. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (17.8 sm ). Kemudian potong kek menjadi 3 keping.
Kastad:
1. Satukan semua bahan untuk kastad (kecuali jagung dalam tin) dalam bekas tahan panas.
2. Masak di atas air mendidih (secara double boiler) gunakan whisk.
3. Kacau hingga pekat dan berkilat. Masukkan jagung dan kacau sebati. Padamkan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis .
Cara buat lapisan kek jagung
1. Gunakan tin berukuran 20sm x 20sm (kedalaman 8 sm )
2. Tuang 1/3 adunan kastard ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit.
3. Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek.
4. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastard dan di akhiri dengan kek.
5. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.
6. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan.
*Bahagian yang ada kastad itu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ini dimulai dengan bahagian kastad dan akhir dgn kek.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar segi empat 20sm x 20sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 45 – 50 minit
Keistimewaan: Rasa jagung dapat dinikmati dalam kastad jagung yang dibuat
INFO : Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong serta hidangkan semasa sejuk.
3. KEK KACANG PECAN COKLAT GANACHE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
- 4 biji telur gred A
- 180 gm gula kastor
- 170 gm tepung kek | diayak
- 2 sudu makan serbuk kacang pecan
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 1 sudu makan ovalet
- 50 ml minyak jagung
- 1 sudu teh perisa badam
Bahan krim:
- 200 gm non dairy whipping cream (pukul sehingga kental)
Bahan Choc Ganache :
- 100 gm coklat masakan
- 100 gm non dairy whipping cream
- 1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK :
Kek :
1. Ayak berrsama tepung kek dan serbuk penaik.
2. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak jagung
3. Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih, kembang dan gebu.
4. Tambahkan minyak jagung dan kaup balik sehingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang 20 sm yang telah dilapik dan disapu mentega.
6. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-35 minit bergantung kepada suhu oven anda.
7. Terbalikkan kek di atas redai sebaik sahaja kek masak. Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang pembakar.
8. Biarkan kek sejuk, kemudian potong kepada 2 atau 3 kepingan.
Coklat Ganache :
1. Panaskan whipping cream sehingga mendidih
2. Masukkan whipping cream yang telah mendidih tadi ke dalam mangkuk berisi coklat masakan.
3. Tambahkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Menghias kek:
1. Potong kek kepada 2 atau 3 keping. Letakkan sekeping kek di atas lapik kek.
2. Sapukan kek dengan whipping cream tadi. Kemudian letak sedikit coklat ganache di atasnya. Ratakan.
3. Letakkan lapisan seterusnya. Salut keseluruhan kek dengan menggunakan whipping cream. Simpan di dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam atau sehingga krim mengeras.
4. Kemudian, curahkan coklat ganache di atasnya dan ratakan ke seluruh kek. Sejukkan.
5. Akhir sekali, hiaskan atas kek dengan baki kacang pecan mengikut kreativiti anda.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat atau empat segi bersaiz 20 sm (1kg)
Waktu memasak: 40 – 45 minit
Keistimewaan: Rasa coklat dan kacang pecan yang lazat
INFO : Coklat ganache yang betul cara masaknya akan menyedapkan lagi kek coklat dan menambah lebih perisa coklat kepada kek coklat anda.
4. KEK TIRAMISU
BAHAN-BAHAN:
Bahan kek span perasa kopi :
- 150gm tepung superfine | diayak
- 150 gm gula kastor
- 5 biji telur gred A
- 1 sudu besar ovalet
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 80 ml susu segar
- 80 ml minyak jagung
- 1 sudu teh perasa kopi
Bahan sirap kopi:
- 1 sudu besar kopi paket 3 dalam 1(apa apa jenama)
- ¼ cawan air panas
* Satukan bahan di atas untuk menjadikan sirap kopi
Bahan krim keju:
- 250 gm krim keju
- 120 gm gula aising
- 200 gm whipping cream
- 150gm yogurt perasa asli
- 20 gm gelatin
- 80ml air panas
Cara membuat:
Kek :
1. Satukan tepung, gula, telur, ovalete dan serbuk penaik. Pukul selama 5 minit.
2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
4. Tambah kan perasa kopi dan kacau sebati.
5. Sediakan loyang bersaiz 20 sm (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang). Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
6. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
7. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun). Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.
Krim keju :
1. Putar krim keju dan gula hingga lembut. Masukkan yogut dan pukul lagi sehingga sebati.
2. Campur gelatin dan air panas. Gaul hingga gelatin larut. Setelah sejuk, campurkan gelatin ke dalam adunan keju tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan whipping cream yang telah dipukul hingga kental ke dalam adunan keju dan gaul sebati.
Menghias kek:
1. Letakkan sekeping kek span di atas papan alas kek. Renjiskan sirap kopi ke atas permukaan kek supaya ia menjadi lembab.
2. Kemudian letakkan adunan keju ke atas kek dan ratakan.
3. Letakkan lapisan kedua dan ulangi langkah sama sehingga lapisan terakhir kek. Ratakan krim dibahagian tepi kek.
4. Untuk hiasan, taburkan serbuk koko di atas kek menggunakan penapis.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 1kg)
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan: Rasa kopi asli dengan aroma kopi yang harum
INFO :Kek yang menepati citarasa penggemar kopi. Rasa krim keju mengimbangi rasa kopi dan memberi rasa lemak berkrim pada tiramisu ini.
5.KEK KEJU OREO
Bahan-bahan :
Bahan dasar kerak :
- 80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
- 50 gm mentega | yang dicairkan
Bahan krim keju :
- 250 gm krim keju @ cream cheese
- 200 gm non dairy whipping cream
- 150 gm yogurt biasa
- 50gm gula kastor
- 15 gm gelatin
- 60 ml air panas
- 50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Dasar kerak:
1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan.
2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam.
Kek krim keju :
3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
4. Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu.
5. Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
6. Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
7. Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
6. Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk
Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju
INFO : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.
TERIMA KASIH : ADRIANA CAKES HOU SE. FB: Adriana Cake & Cookies, IG : Adriana_cakeshut
Resipi Rahsia Ayam Tandoori Lembut & Sedap Sama Macam Yang Jual Dekat Kedai Mamak

Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Nyum!!! Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan untuk digandingkan bersama. Memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kena pula dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis, perghhh..memang padu! Jom cuba resipi perkongsian Puan Tahrunnisah Jali. Bolehlah cuba buat sendiri di rumah secara homemade. Lebih bersih dan boleh makan puas-puas.
AYAM TANDOORI
BAHAN A:
- 4 keping paha ayam ( whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
- 2 sudu makan minyak masak
BAHAN B:
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu makan jus limau nipis atau lemon
BAHAN C:
- 6 sudu teh yogurt asli ( pekat)
- 2 sudu teh campuran pes halia bawang putih | 5 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat.
- 2 sudu teh serbuk cili
- 1/2 sudu teh garam masala
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh pewarna merah
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
2. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
3. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. Perap semalaman ataupun paling kurang 4 jam sebelum dibakar.
Untuk membakar Ayam Tandoori, biasanya di kedai, ia akan dibakar di dalam tandoor ( dapur khas untuk membakar yang menyerupai tempayan besar). Jika tiada, boleh gunakan ketuhar. Caranya ialah:
- Susun hirisan lobak merah atau saderi di permukaan dulang pembakar. Ia bertujuan ayam yang dibakar nanti tidak melekat pada dulang dan membina ruang diantara dulang dan isi ayam kerana ayamakan mengeluarkan air yang banyak sewaktu dibakar.
- Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.
- Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.
- Sekiranya ada pemanggang, setelah ayam masak bolehlah dipanggang seketika bagi mendapatkan kesan terbakar / hangus pada permukaan isi ayam tandoori.
- Angkat, sedia untuk dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Info: Selain dinikmati bersama roti naan, ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi. Untuk memudahkan proses memasak, anda juga boleh hasilkan perapan lebih awal.
Kredit resipi & foto: Puan Tahrunnisah Jali
Resepi Puding Kastard Jagung Yang Mudah & Sedap!

Nak masuk hujung minggu ni, terasa nak buat dessert atau pencuci mulut tapi takda idea? Haa jom buat puding kastard jagung! Mudah je, sedap pun sedap..Selamat mencuba!
Resepi Puding Kastard Jagung
Bahan-Bahan
- 1 paket tepung kastard (300gm)
- 1 tin susu cair
- 6 cawan air
- 1-2 cawan gula pasir ikut manis masing-masing
- Sedikit garam
- 2 sudu marjerin
- 1 tin jagung
Cara Penyediaan
- Campur tepung kastard,susu cair,air,garam,gula dalam satu bekas.
- Kacau hingga sebati dahulu kemudian baru masak atas api.
- Kacau hingga meletup-letup dan berkilat. Kemudian masukkan jagung dan marjerin. Kacau lagi hingga sebati dan tutup api.
- Masukkn ke dalam acuan ikut citarasa sendiri. Sejukkan di dalam peti ais.
https://www.facebook.com/jalilah.jj/videos/1701773686524781/
Selamat mencuba!
Kredit Resepi dan Foto: JJ Pau Mawar & blog.sassezz