Ada benda yang senang, buat apa nak susah-susah. Kan? Jika anda sibuk tetapi teringin hendak buat piza sendiri, beli sahaja pizza crust. Kemudian buat sendiri piza di rumah dengan meletakkan topping kegemaran.

Pizza crush amat memudahkan kerana anda tidak perlu menguli tepung untuk dijadikan doh. Sangat mudah. Hanya perlu beli topping yang anda suka, kemudian letakkan atas crush.

Jom RASA tunjukkan caranya.

Ads

PIZA EKSPRES

Buat Piza Ekspres, Guna Pizza Crust Saja

BAHAN-BAHAN
Sosej
Crabstick
Lof daging ayam
1 sudu besar minyak masak
1 peket pizza crust
Sos spageti
Keju mozarella
Bawang holland (potong-potong)
Mixed vege (campur dengan mayones)
Capsicum

Buat Piza Ekspres, Guna Pizza Crust Saja

CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, rebus sosej dan crabstick. Ketepikan.
2. Atas kuali, letakkan minyak masak. Masukkan lof daging ayam. Goreng sekejap. Ketepikan.
3. Atas loyang, letak pizza crust dan sapukan sos spageti.
4. Parutkan keju mozarella.
5. Potong-potong sosej dan crabstick. Kemudian susun atas crust.
6. Taburkan bawang holland dan mix vege.
7. Susun capsicum.
8. Taburkan sekali lagi keju mozarella.
9. Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah selsius selama 15 minit.

Buat Piza Ekspres, Guna Pizza Crust Saja
Senang sangat. Sapu sos spageti, susunkan lof ayam , sosej dan crabstick. Kemudian letak mix vege dan bawang holand. Taburkan keju!

 

Ads
Buat Piza Ekspres, Guna Pizza Crust Saja
Ini rupa sebelum dibakar.

Siap!

Buat Piza Ekspres, Guna Pizza Crust Saja
Puas makan!
Buat Piza Ekspres, Guna Pizza Crust Saja
Nipis je keraknya. Sedap!

Selamat mencuba!

Ads

Sumber: Hidayati Hana

Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI