Pizza Cup ni nampak sedap kan? Sesuai anda sajikan buat anak-anak. Di musim cuti persekolahan tentunya waktu yang sibuk bagi ibu-ibu. Mana tidaknya, anak-anak di rumah asyik minta makan. Salah satu menu yang paling mudah untuk dihasilkan adalah menu olahan dari roti. Sangat ringkas tapi sedap dan mengenyangkan.
Salah satu yang boleh dicuba ialah Pizza Cup perkongsian saudari Siti Misyati ni. Sangat mudah. Bakar pun guna air fryer je. Namun jika tiada air fryer, boleh je guna ketuhar. Selamat mencuba!
Bagi penggemar sajian Ayam Bakarsedap dan suka buat BBQ, resipi perapan perkongsian saudari Cik Merpati Putih ini tentunya anda kena simpan dan cuba. Kalau resipi-resipi lain, sos perapannya menggunakan banyak bahan dan rempah, tapi yang ini cukup mudah. Hanya guna 8 bahan yang sememangnya ada di dapur anda. Kos tak banyak tapi rasa sedap. Memang berbaloi. Jom cuba!
CARA MEMBUAT PERAPAN AYAM BAKAR @ GRILL SEDAP HANYA GUNA 8 BAHAN
Pasti ramai dalam kalangan anda yang gemar makan roti. Jadi, jika ada peluang pasti anda ingin mencuba membuatnya sendiri. Maklumlah, roti yang dibakar segar pasti lebih sedap dinikmati. Selain itu, kini anda boleh membuat pelbagai jenis roti yang unik yang mungkin tidak pernah anda bayangkan dapat membuatnya sendiri. Yang lebih penting, roti itu lebih menyihatkan. Cuba ya!
HEAVY WHOLEMEAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
20gm Tepung susu lemak penuh
8gm Garam halus
50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
450gm Air sejuk
120gm Serat gandum kasar
20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
Uli sehingga doh menjadi extensible atau boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu.
Bulatkan doh dan rehatkan sebentar ( 5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas.
Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening.
Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
Keluarkan doh yang sudah kembang.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF : Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
7 GRAINS LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
70gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
30gm Tepung susu lemak penuh
8gm Garam halus
50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
450gm Air sejuk
50gm Serat Gandum kasar
150gm – Bijian Campuran – 7 jenis
20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit.
Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah.
Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
GREEN TEA LATTE LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
8gm Garam halus
50gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
250gm Air sejuk
30gm serbuk teh hijau
50ml Espresso Double Shot
CARA MEMASAK:
Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan.
Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit.
Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
Setelah itu, kelim doh dengan cermat.
Letakan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening.
Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas-panas.
HONEY OAT LOAF
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
80gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
30gm Tepung susu lemak penuh
8gm Garam halus
60gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
350gm Air sejuk
150gm – Oat Bermadu ( seperti dia atas )
150gm Oat
100gm Madu
Untuk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan.
Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti.
Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit.
Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
DARK CHARCOAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
30gm Tepung susu lemak penuh
8gm Garam halus
50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
350gm Air sejuk
30gm Black Charcoal Powder
20gm Brown Malt Flour
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti.
Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening.
Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
Keluarkan doh yang sudah kembang.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Kredit resipi: Terima kasih Chef Sharizat, Golden Republic
Anak-anak sekarang kebanyakannya makan mesti nak berlaukkan ayam, kalau sebut ikat, tutup balik tudung saji atau dan-dan kata kenyang. Tapi kalau dok hari-hari menu ayam bosan juga, jadi mak-mak semua ini ada satu menu ayam sempoi tapi sedap yang boleh dicuba untuk variasikan rasa ayam, moga taklah jemu dengan menu sama setiap hari.
AYAM GORENG SOS KARI BAHAN-BAHAN: Bahan Ayam Goreng
200gm isi dada ayam | potong dadu
1 biji telur ayam
1/2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Kari:
1 sudu makan serbuk kari ayam/daging
2 sudu besar yogurt
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit daun ketumbar | hiris halus
Garam dan serbuk pati ayam secukupnya
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Goreng ketulan isi yang telah digaulkan bersama telur, tepung, serbuk kari dan garam sehingga kekuningan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang putih, bawang Holland hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau hingga timbul minyak.
Seterusnya masukkan yogurt.
Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukupnya
Sebelum angkat masukkan daun ketumbar.
Kemudian tuang di atas ayam goreng dan hidangkan panas-panas.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.