Sedapnya Puding Biskut Cream Cracker ni. Makan sejuk-sejuk masa cuaca panas memang layan. Rasa kongsikan resipi mudah perkongsian saudari Siti Aishah Hussin yang boleh anda dicuba. Istimewanya resipi ni hanya guna tiga bahan. Sangat simple. Cubalah, pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Rendam biskut dalam air panas sampai kembang. Toskan. 2. Masukkan biskut, telur dan susu pekat manis ke dalam pengisar. Kisar halus. 3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu ikut warna kegemaran. 4. Tuang sedikit adunan warna pertama ke dalam loyang. Kukus 5 minit.
5. Tuang lapisan kedua. Kukus lagi lagi 5 minit. Ulang langkah sama hingga adunan habis.
Ayam antara lauk murah dan paling disukai oleh anak-anak dan boleh dipelbagaikan menu. Ini ada tiga resipi ayam yang ringkas, sedap, mudah disediakan dan comfirm disukan seisi keluarga terutamanya anak-anak. Anda boleh pilih mana satu resipi paling disukai keluarga, atau boleh saja buat semuanya di hari lainnya.
AYAM BUTTERMILK BAHAN-BAHAN: 2 ketul keping isi ayam bahagian dada | potong dadu. 1/2 tin susu cair 3 ulas bawang putih | hiris halus 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar | potong dadu 4 sudu besar mentega 2 tangkai daun kari 4 biji cili padi | hiris BAHAN SALUTAN AYAM: 2-3 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar serbuk kari 1 biji telur Sedikit garam Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam yang telah dipotong tadi dan toskan airnya.
Masukkan telur dan garam ke dala ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk ayam buttermilk:Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
AYAM MASAK KICAP DAUN KARI BAHAN-BAHAN: 5 ketul ayam | gaul garam dan serbuk kunyit 1 tangkai daun kari 1/2 cawan kicap manis 1/2 cawan air 1/2 biji limau purut / 1 sudu air asam jawa 1/2 biji bawang besar | hiris bulat 5 cili padi hijau | belah 2 Garam secukup rasa Minyak secukupnya BAHAN KISAR: 5 cili kering 2 bawang putih 1/2 biji bawang besar
CARA MASAK:
Goreng ayam yang digaul garam kunyit. Tak perlu goreng garing, sekadar separuh masak sahaja.
Selepas goreng ayam, tinggalkan agak- sgak 2 sudu besar minyak gorengan ayam dalam kuali dan tumis daun kari.
Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
Masukkan kicap manis dan 1/2 cawan air.
Masuk pula ayam goreng ,garam dan jus limau purut.
Sesiaikan rasa dan tabur bawang hiris,cili padi hiris dan matikan api.
Selalu korang buat masak apa? Rebus dan buat air asam? Atau campur dengan gulai rebung. Ni cuba pula buat sambal cilipadi. Rasa dia memang terangkat sangat. Kalau nak pedas boleh tambah cilipadi dan letak bawang merah banyak-banyak. Memang layan sangat.
SAMBAL BABAT CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
400gm babat (perut lembu) | bersihkan
10-15 biji cili padi hijau
5 biji cili hijau
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Babat (perut lembu) dihiris nipis dan rebus empuk. Toskan.
Kisar cili padi, cili hijau, bawang merah dan bawang putih hingga jadi pes yang lumat.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan-bahan kisar dengan api yang kecil hingga pecah minyak. Masukkan air asam.
Masukkan babat dan bawang besar. Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa pedas dan masin yang buka selera
Baru-baru ni sis makan mango cheesecake yang rasanya super sedap. Tiba-tiba tekak rasa teringin lagi. Sis pun cubalah membuatnya, Alhamdulillah percubaan pertama kali berjaya. Anak-anak kata sedap sangat. Inilah resipinya kalau korang nak cuba.
Resipi untuk biskut: 180gm biskut tiger susu / biskut marie 80gm butter – dicairkan Untuk cream cheese: 1/2 biji mangga masak -dipotong dadu 250gm cream cheese 150gm whipping cream 60gm gula halus 2 sudu besar serbuk gelatin 3 sudu besar air panas 1 sudu besar jus lemon
Untuk puri mangga: 1 biji mangga masak 1 sudu besar serbuk gelatin 2 sudu besar gula halus ( kalau mangga kurang manis boleh tambah ikut citarasa masing-masing) 3 sudu besar air panas 1 titik pewarna kuning
Cara memasak: 1.Untuk base biskut hancurkan biskut dan campurkan dengan butter yang telah dicairkan tadi. 2.Letakkan ke dalam loyang dan tekan hingga mampat. 3.Masukkn ke dalam peti ais sekejap.
Untuk cream cheese: 1.Putar cream cheese dengan gula hingga lembut. 2.Masukkan whipping cream. 3.Larutkan gelatin dengan air panas hingga sebati dulu dan masukkan dalam adunan. 4.Masukkan jus lemon dan mangga. 5.Gaul sebati. 6.Tuangkan adunan cream cheese tadi ke atas biskut dan masukkan dalam peti sejuk semula. 7.Untuk puri pula,larutkan gelatin dengan air panas dulu dan campurkan semua bahan dalam blender. 8.Blend hingga halus. 9.Bila cream cheese dah agak-agak keras sikit, tuangkan puri mangga tadi. 10.Hiaskan dengan buah mangga yang dah dipotong nipis-nipis untuk membentuk bunga ros. 11.Hiaskan ikut kreativiti masing-masing. 12.Sejukkan dalam peti selama 4-5 jam baru dipotong. * seeloknya guna loyang yang boleh dibuka tepinya.