
Mudah je nak buat puff pastry sosej, hanya guna produk yang sedia ada. Selain untuk minum petang, puff pastry sosej ini juga boleh dibuat untuk sarapan. Senang dan cepat, juga sedap dimakan. Jom kita cuba buat mengikut resipi Isabel Jeslyn Yek ini.
PUFF PASTRY SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
- Puff pastry jenama Kawan
- Sosej ayam
- Kepingan cheese | dibelah tiga
- Kuning telur
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus atau celur sosej terlebih dahulu. Boleh juga masak di dalam air fryer selama 5 minit dengan suhu 160°c.
2. Ambil puff pastry, letakkan sosej dan cheese. Lipat dari bawah, kemudian tepi, kiri dan kanan.
3. Sapukan kuning telur dan susun di dalam air fryer.
4. Kemudian, bakar di dalam air fryer dengan suhu 160°c selama 10 minit.
5. Siap. Rasanya mewah dengan cheese.
Kredit resipi & foto: Isabel Jeslyn Yek
Air Fryer ni banyak guna tau. Nak miliki Air Fryer berkualiti dengan harga bawah RM200? Dapatkan di sini. Pasti puas hati.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Buat Creampuff Bersama Sos. Lembut & Gebu Memang Tak Cukup Satu
Tat Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakeri. Ini Cara Mudah Hanya Guna 6 Bahan.
Lebihan Roti Jangan Dibuang, Boleh Buat Roti Sedap Seperti Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara-Cara Membuat Mentega Secara Homemade. Halal, Bersih & Penuh Kasih Sayang.

Mentega ni banyak gunanya. Selain digunakan dalam penghasilan kek, biskut dan manisan, ia juga enak dinikmati sebagai olesan pada roti dan sebagainya. Memang layan!
Tapi tahukah anda, mentega boleh dihasilkan sendiri di rumah? Ha…menarik kan? Mentega homemade ni memang sedap. Rasanya sungguh berkrim, ‘buttery’, lemak-lemak. Memang cukup enak! Cer cuba buat sendiri. Pasti anda kagum. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya.
BAHAN-BAHAN:
- 250ml Whipped cream/Thickened cream/Heavy Cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat) – KakDah guna jenama Paul’s
- Mixer
- Ais sejuk campur air batu
- Garam
- Parsley flake – option
- Garlic – option
CARA-CARA:
1.Pukul (mixed) whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju. Pukul hingga susu terpisah dari pada air. (biasa kes, kalau kita terlajak pukul whipped cream ianya menjadi cair dan lumpy, betul x?) kita nak keadaan yang sebegitu rupa. Moral story, lain kali kalau terlajak pukul, jangan terus buang, jadikan ianya butter.
2. Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk membuat benda lain pula.
3.Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau mentega hingga menjadi kental dan bulat. Buat begini dua tiga kali sehinga air yang di tuang tadi menjadi hampir jernih. Faham tak ni? Maksudnya, buh air ais, kacau, buang. Buh lagi air ais kacau dan buang air, buat macam ni sampai air hampir nak jernih.
4.Tadaaaaaa. siap dah. Selepas ini baru lah kita boleh campur garam atu apa sahaja bahan yang kita mahu.
TIPS :
Segala campuran bahan tambahan hendaklah dicampur setelah mentega terjadi dengan eloknya.
Nota:
Lepas ni, tak payah beli mentega. Buat sendiri lagi sedap rasanya. Kalau nak jadikan garlic spread, campur ajerlah bawang putih yang telah di cincang, sedikit gaam dan parsley flake.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: http://rapidahramli.blogspot.my/2015/03/homemade-butter.html
Goreng Isi Ayam & Tambah Sambal Kicap. Ini Rahsia Bihun Sup Jadi Lebih Sedap

Sedapnya Bihun Sup perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah. Bagi anda yang tercari-cari resipi bihun sup mudah, sedap dan mengenyangkan, resipi ni antara yang boleh dicuba. Rupanya ada petua untuk menikmati semangkuk bihun sup yang enak. Selain penggunaan bahan-bahan yang berkualiti, ada penambah rasa sampingan yang perlu anda tambah. Pastikan ada sambal kicap. Ha..Barulah lebih nikmat. Resipinya juga ada di bawah ya. Pasti puas hati.
RESIPI BIHUN SUP MUDAH, RINGKAS & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 bungkus bihun – beli online disini
- Sedikit serbuk kunyit – beli online disini
- Sawi secukupnya – potong
- Tauge secukupnya – celur
- Bebola ikan secukupnya – celur
- Hirisan daun sup secukupnya
- Bawang goreng secukupnya
BAHAN KUAH SUP:
- 4 ketul isi ayam
- Kaki dan leher ayam secukupnya
- 1 bunjut sup
- Air secukupnya
- 1 kiub pati ayam – beli online disini
- Garam secukup rasa
Tonton video GERENTI JADI: Koleksi Resipi Berasaskan Daging
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sup, masukkan isi, kaki dan leher ayam ke dalam periuk.
2. Penuhkan air dan masukkan sup bunjut. Biar kuah mendidih perlahan.
3. Perasakan dengan kiub pati ayam serta garam secukupnya.
4. Bila kuah sudah berperisa dan masak sempurna, keluarkan isi ayam dan sup bunjut.
5. Panaskan minyak dan goreng isi ayam yang dikeluarkan tadi hingga kekuningan. Carik-carikkan isinya. Ketepikan.
6. Dalam periuk lain, didihkan air dan celur bebola ikan. Angkat dan ketepikan.
7. Seterusnya, celur sawi seketika. Angkat dan rendam dalam air sejuk bagi mengekalkan warna serta kerangupannya. Toskan.
8. Kemudian celur bihun dalam air yang ditambah sedikit serbuk kunyit. Bila lembut, tapis airnya dan lalukan di bawah air. Toskan.
9. Untuk menikmati Bihun Sup, masukkan bihun, kuah dan lengkapkan dengan isi ayam, fishball serta sayur. Tabur dan sup serta bawang goreng.
10. Untuk rasa lebih sedap, nikmati Bihun Sup bersama Sambal Kicap dan perahan jus limau.
BAHAN SAMBAL KICAP:
- 1 genggam cili padi hijau – dipatah-patahkan
- 4 ulas bawang putih – beli online disini
- Kicap lemak manis secukupnya – beli online disini
- Sedikit kicap pekat – beli online disini
- Sedikit kicap cair – beli online disini
- Sedikit gula – beli online disini
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Goreng cili padi hijau dan bawang putih seketika. Masukkan ke dalam bekas pengisar.
2. Tambahkan kicap lemak manis hingga menutupi paras cili padi dan bawang.
3. Masukkan juga sedikit kicap cair, kicap pekat, sedikit gula dan secubit garam. Kisar lumat.
4. Tuang dalam mangkuk dan nikmati bersama Bihun Sup.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kerang Air Lemon. Menu Sedap Buat Penggemar Mukbang Ala Thailand
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
4 Menu Strawberi Kesukaan Anak. Kek, Biskut, Trifles ..Sedapnyaa.
Buah strawberi yang merah ranum tu memang cukup sedap dimakan begitu sahaja. Keenakan jem strawberi sesuai sangat dimakan dengan roti atau pasteri yang lain.
Buahan yang kaya vitamin dan tinggi kandungan anti oksidannya juga memang gerenti sedap bila dibuat kek dan pasteri. Ni min kongsikan sajian pencuci mulut kek dan pasteri untuk dicuba.
1. STRAWBERRY TRIFLES
BAHAN KEK:
- 150gm tepung kek
- 150gm mentega
- 150gm gula kastor
- 3 biji telur
- 1 sudu teh serbuk penaik
BAHAN UNTUK MELAPIS TRIFLES:
- 3-4 biji strawberi | dipotong
- 300ml krim putar | pukul hingga kembang
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung kek dengan serbuk penaik dan ketepikan.
2. Pukul telur dan mentega hingga kembang kemudian masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati.
3. Tuang adunan di dalam loyang 10 x 10 inci dan bakar pada suhu 180˚C selama lebih kurang 20-25 minit hingga masak.
4. Sejukkan dahulu dan potong kek mengikut saiz bekas yang digunakan untuk menghidang.
5. Letakkan lapisan kek pada dasar bekas, susun strawberi dan picitkan krim putar yang sudah dipukul kembang tadi di bahagian atasnya.
6. Hiaskan dengan potongan strawberi. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
7. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan sejuk.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 1 jam 20 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak, manis dan masam yang seimbang
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
2. STRAWBERRY CHEESECAKES BAR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 250gm mentega
- 100gm gula kastor
- 12 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 280gm tepung gandum serba guna
- ½ sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
BAHAN LAPISAN KRIM KEJU:
- 225gm krim keju
- 90gm gula ising
- 3 biji telur
- Jem strawberi secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2. Sebatikan mentega dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh.
4. Tekan di dalam loyang 10 x 10 hingga rata. Untuk mendapatkan bar yang lebih nipis boleh gunakan loyang 12 x 12. Ketepikan.
5. Untuk membuat krim keju; Pukul krim keju dengan gula ising hingga kembang.
6. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati.
7. Tuangkan ke atas lapisan doh yang ditekan di dalam loyang tadi.
8. Ratakan dan picit jem strawberi ke atas adunan krim keju secara memanjang dan lorek jem untuk membentuk corak.
9. Bakar pada suhu 180 ˚ C selama 50-60 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum memotongnya menjadi kepingan bar.
Info chef: Boleh hias dengan hirisan strawberi jika suka.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan ada sedikit masam strawberi
Jenis masakan : Kek
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
3. STRAWBERRY SHORTCAKE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 260gm buah strawberi | potong dadu
- ½ sudu teh jus lemon
- 75gm gula kastor
- 122gm tepung red rose
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh garam
- 36gm mentega
- 70gm Heavy cream
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven 180 ˚C.
2. Satukan buah strawberi, dan jus lemon biarkan seketika.
3. Dalam bekas berasingan, satukan tepung, serbuk penaik, garam dan gula. Masukkan mentega dan gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Kemudian masukkan heavy cream gaul hingga menjadi doh dan masukkan buah strawberi bersama lemon jus tadi. Adun sebati.
5. Sudukan di atas loyang.
6. Bakar lebih kurang 25-30 minit hingga perang.
7. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Ada rasa masam dan lemak mentega
Jenis masakan : Kudapan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
4. STRAWBERRY & CHOCOLATE CREAM CHEESE NAPOLEON
BAHAN-BAHAN:
- 500gm doh puff pastry
- 1 biji telur
- 7-8 biji buah strawberi
BAHAN KRIM KEJU COKLAT:
- 50gm gula ising
- 20gm serbuk koko
- 225gm krim keju
- ½ sudu esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Canai nipis doh puff pastri dan potong saiz petak kecil.
2. Bakar dengan suhu 200 ˚ C selama lebih kurang 25-20 minit hingga perang. Biarkan sejuk seketika.
3. Pukul gula ising dan krim keju hingga sebati, masukkan serbuk koko dan esen vanila.
4. Pukul lagi hingga kembang.
5. Potong buah strawberi. Picitkan sedikit krim keju coklat di atas satu kepingan puff pastri yang sudah dibakar tadi. Susunkan buah strawberi dan lapiskan dengan satu lagi kepingan puff pastri. Picit lagi krim keju coklat dan hias dengan sedikit hirisan strawberi.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh juga tabur dengan manik coklat jika suka di atas krim keju coklat.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Pastri rangup bila dikunyah
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.