Lazimnya, jika sesekali teringin menikmati putu mayam, mudah juga untuk mencari penjualnya. Ada yang biasa dan ada perisa pandan. Namun, jika inginkan rasa hasil air tangan sendiri, boleh saja kita membuatnya di rumah.
Teruja melihat acuan tradisional ini untuk menghasilkan putu mayam sendiri. Usia acuan tembaga itu pun telah mencecah puluhan tahun, namun masih setia kekal berkhidmat. Meskipun acuan ini agak kasar sedikit, tak seperti bihun hasilnya, namun ianya tetap memberikan tekstur dan rasa yang tersendiri.
Menurut Faizah Husain yang sudi berkongsi resipi putu mayam ibunya, jika dulu ibunya yang akan membuatkan putu mayam untuknya. Namun, atas faktor usia dan kudrat yang semakin berkurangan, kini dia pula yang membuatkan putu mayam untuk ibunya tatkala ibunya teringin. Jom kita pula buat putu mayam untuk hidangan minum petang seisi keluarga.
Potong daun pisang besar sedikit daripada saiz putu mayam. Buat banyak keping. Panaskan kukusan.
Dalam periuk lain, masak air hingga mendidih. Masukkan garam dan minyak masak.
Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sambil terus mengacau hingga sebati. Ikut kesesuaian, kalau lembut sangat boleh tambah lagi tepung. Kalau keras, tambahkan air.
Adunan panas-panas, terus masukkan ke dalam acuan putu mayam. Kalau sejuk, adunan keras dan tak boleh nak pusing acuan.
Susun daun pisang yang telah disapu minyak dalam kukusan.
Ads
Pusing acuan secara membulat. Biarkan doh jatuh secara bertali di atas daun pisang. Jika tak tahan panas, boleh putar di luar, kemudian susun dalam kukusan.
Ini contoh acuan tembaga yang digunakan.
Kukus lebih kurang 3-4 minit sahaja. Balut penutup kukus dengan kain supaya wap tak jatuh. Setelah masak, susun dalam bekas.
Parutkan gula kabung. Kesedapan gula kabung memang tak sama dengan gula lain. Gula melaka, gula merah atau gula perang pun boleh guna.
Siap. Gaulkan gula kabung dan kelapa parut, makan bersama putu mayam.
Kedengarannya agak asing dan kuih ini popular di Nusantara. Bahan asasnya dari tepung pulut dan disaluti dengan gula merah.Kuih tradisi ini semakin dilupai. Rasa dan nikmat kuih ini tambah sedap bila dipadankan dengan secawan kopi panas. Bagi yang ingin mencuba boleh ikut resipi ini.
Kuih Gemblong Gula Melaka
Bahan :
100gm tepung pulut putih
35gm tepung beras
75gm kelapa parut
75ml santan, panaskan
¼ sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Lapisan gula:
60gm gula melaka -hiris halus
2 sudu makan gula pasir
50ml air
Cara memasak:
1. Campurkan tepung pulut putih, tepung beras, kelapa parut, santan dan garam ke dalam bekas, lalu kacau hingga membentuk adunan.
2. Bentuk adunan gemblong hingga berbentuk bulat pipih.
3. Panaskan minyak, goreng gemblong hingga berwarna kecoklatan, ketepikan.
4. Campurkan gula merah, gula pasir dan air. Masak hingga mengental ,kemudian masukkan gemblong dan kacau hingga dilumuri secara rata.
Suka makan Pulut Seri Muka, tapi selalu gagal bila cuba buat sendiri. Kali ini jangan risau, ini ada cara membuat gerenti jadi yang anda boleh cuba dan sukat pun guna cawan je. Kalau tak cuba tak taukan? Dan bukan sekali cuba itu sempurna kejadiannya, namapun baru belajar, kurang sikit-sikit boleh cuba lagi, lama gerenti tidak mengecewakan.
PULUT SERI MUKA BAHAN-BAHAN: 3 cawan pulut 2 cawan santan Secubit garam BAHAN BAHAGIAN ATAS: 1 cawan tepung gandum 2 cawan santan 1 1/2 cawan gula pasir Setgh cawan air pandan (kisar daun pandan) 1 sudu besar tepung jagung 1 biji telur Secubit garam
CARA MEMBUAT:
Cuci pulut toskan masukkn santan & garam kukus dalam loyang selama 25minit) kemudian angkat dan tekan-tekan supaya padat.
Masukkn semua bahan bahan bahagian atas dalam blend, kisar hingga halus.
Kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dipadatkan tadi.
Kukus 30 minit lagi, buka tutup kukus biarkan 5 minit hingga wap hilang.
Geram tengok pau gebu macam ni. Licin saja permukaannya langsung tiada kedut. Kita juga sebenarnya boleh hasilkan pau sebegini, asalkan tahu rahsianya.
Tak lokek berkongsi rahsia tersebut, Rahmah Rosmin yang sebelum ini membuat pau untuk jualan turut menurunkan tip membuat pau yang cantik, gebu dan licin.
Rahsia buat kuih pau yang gebu & licin
Bahan A
1/2 cawan air suam kuku (boleh tambah jika adunan masih keras)
1 sudu teh yis
1sdb gula kastor
Satukan semua bahan di atas dalam satu bekas kacau dan biarkan berbuih (lebih kurang 5-6 minit)
Bahan B
2 cawan tepung pau / tepung gandum
1 sdb penuh (membukit) shortening
1 sdb susu pekat manis
1 sudu teh baking powder
1sudu teh super cream/apa2 pelembut roti (tak letak pun boleh)
Secubit garam
Satukan semua bahan B di atas, gaul hingga jadi serbuk
Cara membuat
1. Masukkan larutan yis ( bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli, tambah air sedikit demi sedikit sekiranya doh masih keras (doh jangan keras dan jangan lembik)
2. Uli doh hingga sebati dan licin. Tutup doh & rehatkan sekejap dalam 5-10 minit.
3. Kemudian buat bulat ikut saiz yang disukai.
4. Ambil satu adunan masukkan inti dan letak atas kertas minyak, perap hingga naik lebih kurang 25 – 30 min (bergantung pada keadaan).
5. Kukus 7 hingga 8 minit.
Tip waktu mengukus: Sebelum kukus balut penutup kukusan untuk menggelakkan air menitis agar hasil pau gebu cantik. Selain itu elak juga kukus dalam tempoh yang lama kerana pau akan berkedut, tak licin.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.