
Raindrop Cake @ Japanese Water Cake ni viral di TikTok dan ramai yang telah mencuba. Ia berupa manisan ringkas yang dimasak menggunakan serbuk agar-agar dan dinikmati bersama air gula merah dan juga serbuk kacang. Bentuknya yang jernih seakan titisan hujan dan sangat cantik sekali. Katanya menisan ini asalnya populat di Jepun pada tahun 2014 dan mula viral ke negeri-negara lain di seluruh dunia. Sangat mudah resipinya. Nak cuba? Saudari Norma Shahrin ada resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MUDAH BUAT RAINDROP CAKE @ JAPANESE WATER CAKE MUDAH VERSI MINI

BAHAN-BAHAN:
1 paket Konyaku Jelly Powder / serbuk agar agar – beli online disini
950ml air
250gm gula halus – beli online disini
Pewarna – jika suka
Gula merah – beli online disini
Serbuk kacang tanah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan serbuk konyaku, air dan gula halus. masak hingga hancur.

2. Jika suka, boleh letak pewarna pilihan atau jika mahu warna jernih, kekalkan sahaja pada warna asal.
3. Bila campuran sudah larut, tuang adunan dalam bekas acuan lompang. Biarkan sejuk.

4. Masak gula merah bersama sedikit air hingga larut. Kemudian biarkan sejuk.
5. Bila agar-agar sudah mengeras, keluarkan dari acuan dan siram dengan gula merah serta serbuk kacang.

6. Raindrop Cake versi mini sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norma Shahrin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Sos Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Sedap. Mudah Je Caranya
Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.
Mudah Betul Buat Ikan Rebus Thai. Goreng Garing Memang Sedap
Cara Buat Jemput Jemput Nasi Sedap. Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

Sedapnya kalau dapat makan aneka lauk pauk kampung. Tak jemu, tak muak dan sangat membuka selera. Di musim PKP ni, susah nak balik ke kampung halaman untuk menghadiri majlis kenduri kendara. Jadi bagi anda yang teringin sangat nak makan, bolehlah cuba masak sendiri di rumah guna resipi perkongsian Puan Norasida Yasin ni. Sesekali makan lauk kenduri simple macam ni, memang buka selera. Jom cuba!
ANEKA RESIPI LAUK KENDURI SELERA KAMPUNG MUDAH & ENAK
1. GULAI DAGING KERISIK

BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis
300ml santan
Air secukupnya
3 sudu makan kerisik
3 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah
3cm halia
3 cm lengkuas
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Daging dibersihkan dan tos.
- Panaskan minyak, tumiskan serai titik hingga wangi.
- Tambah ke dalamnya bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan dagiang, kacau hingga layu. Tambahkan air dan biarkan mereneh hingga empuk.
- Setelah daging empuk dan air kering, masukkan asam gelugor serta santan.
- Biarkan mereneh dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Akhir sekali masukkan kerisik, dan kecilkan api.
- Selepas mereneh lebih kurang lima minit, tutup api.
- Gulai daging merisik sedia dihidangkan.
2. DAGING KISMIS

BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci bersih dan tos
3 sudu makan kerisik
5 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan kicap manis
1/4 cawan kicap masin
4 sudu makan puri tomato
1 keping gula melaka
200 ml santan
Garam dan gula secukupnya
1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3cm halia
5 batang serai
1 cawan kismis
BAHAN PENUMIS:
5 ulas bawang merah| hiris
4 kuntum bunga lawing
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Campurkan daging yang telah dihiris dan dibersihkan bersama bahan kisar, puri tomato, semua jenis kicap, kerisik, pes cili, gula melaka dan santan.
- Gaul rata hingga sebati, masukkan dalam bekas bertutup dan perapnya semalaman di dalam peti sejuk.
- Panaskan minyak, tumis hirisan bawang hingga wangi kemudian masukkan rempah penumis.
- Setelah harum, masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata.
- Jika daging agak liat tambah sedikit air dan biarkan mereneh hingga empuk.
- Setelah daging empuk, keringkan kuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Apabila cukup rasa dan timbul minyak, bolehlah tutup api.
- Daging Kismis boleh dihidangkan.
INFO CHEF: Selain kismis, anda boleh tukar dengan buah prune. Atau campurkan kedua-dua bahan ini dalam masakan.
3. DAGING SOS TIRAM & CENDAWAN SHITAKE

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
3 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu teh garam halus
6-8 biji cendawan shitake | hiris
1 biji lada banggala merah | hiris
1 biji lada banggala hijau | hiris
2 biji bawang besar | hiris bulat
5 ulas bawang putih |titik
4cm halia muda | hiris batang mancis
3 sudu makan sos tiram
Garam dan sedikit gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Campurkan hirisan daging bersama lada sulah dan garam, gaul rata.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging hingga bertukar warna.
- Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Seterusnya, campurkan hirisan cendawan dan cili benggala merah dan hijau ke dalamnya.
- Kacau rata, masukkan pula daging yang telah digoreng sekejap tadi bersama sos tiram.
- Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.
4. DAGING TUMIS KARI

BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris, cuci dan tos
1 biji bawang besar | hiris
2 batang serai | titik
3 tangkai daun kari
3 sudu makan rempah kari
2 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan yogurt
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit hidup
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kumtum bunga cengkih
5 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama serai titik, bawang besar.
- Setelah wangi masukkan daun kari, kacau seketika masukkan bahan kisar serta pes cili.
- Kacau rata, setelah pecah minyak masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
- Apabila tumisan timbul minyak, masukkan yogurt dan daging, kacau rata.
- Jika daging agak liat tambahkan air, biarkan hingga masak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api, terus kacau hingga daging garing dan timbul minyak.
- Tutup api dan daging sedia dihidangkan.
5. DAGING GULAI LEMAK BERSAMA CENDAWAN HITAM

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | hiris nipis, cuci dan tos
1 litter santan
4 batang serai |titik
2 keping asam gelugor
3 hirisan lengkuas | titik
1 mangkuk cendawan hitam | rendam dan hiris
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
4cm kunyit hidup
25-30 cili padi
5 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Masukkan ke dalam periuk hirisan daging bersama bahan kisar.
- Gaul rata dan letakkan atas api dapur, kacau hingga air daging kering.
- Masukkan pula santan dan serai, biarkan gulai mereneh atas api sederhana.
- Setelah daging empuk masukkan asam gelugor, cendawan.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah masak, tutup api dan gulai daging sedia dihidangkan.
6.AYAM MASAK TOMATO

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (bebih kurang1.5 kg) potong kecil
3 biji tomato| buang biji dan potong dadu
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 tin puri tomato
1 tin susu cair
4 sudu makan pes cili kering
3 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4 biji cili merah
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
1. Ayam yang dipotong kecil tadi dicuci bersih dan toskannya.
2. Gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam halus.
3. Panaskan minyak , goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
5. Tumiskan hirisan bawang besar bersama serai hingga wangi.
6. Kemudian masukkan pula bahan kisar dan pes cili kering.
7. Tumis hingga pecah minyak, baru masukkan puri tomato.
8. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.
9. Kacau rata dan masukkan santan dan tomato yang dipotong dadu, biarkan mereneh.
10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
11. Setelah cukup rasa, tutup api dan Ayam Tomato sedia dihidangkan.
7. AYAM KICAP SERAI CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (lebih kurang 1.5kg) | potong kecil dan bersihkan.
1 biji bawang besar | hiris bulat
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili hijau | hiris memanjang
6 batang serai |titik kasar
25-30 biji cili padi |titik
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula jika perliu
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit.
- Tumiskan serai dengan hirisan bawang besar hingga wangi.
- Kemudian baru masukkan bahan kisar dan cili padi yang dititik.
- Kacau hingga pecah minyak baru masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan manis.
- Gaul rata dan masukkan ayam.
- Kecilkan api, dan terus gaul sebati. Tambah garam dan gula secukupnya jika perlu.
- Setelah sekata, masukkan hirisan cili merah dan cili hijau.
- Tutup api, dan sedia dihidangkan.
8.KARI AYAM DENGAN NANGKA MUDA ALA UTARA

BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil
500gm nangka | potong dadu saiz sederhana dan rebus
3 sudu makan rempah kari
2 sudu makan pes cili kering
250gm santan kotak
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
5 ulas buah pelaga
3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga wangi.
- Masukkan pes cili, kacau rata .
- Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
- Setelah tumisan garing dan pecah minyak.
- Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan ayam kecut.
- Masukkan nangka dan sedikit air rebusan nangka serta air asam jawa.
- Biarkan mereneh atas api sederhana hingga ayam empuk.
- Masukkan santan, kemudian perasakan dengan garam dan gulu secukupnya.
- Setelah masak, kecilkan api.
- Masa yang sama, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan rempah penumis serta daun kari hingga wangi.
- Tutup api dan tuangkan rempah penumis ini ke dalam periuk kari ayam dengan nangka tadi.
- Kacau rata, tutup api kari dan, ia sedia dihidangkan.
9. UDANG MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:
1 kg udang | saiz L atau XL
5 sudu makan pes cili kering
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1/2 cawan yogurt
1 biji bawang besar | hiris bulat
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
5 biji cili merah
1 biji tomato
1 pokok daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Udang dibersihkan, kemudian gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak, kemudian goreng udang hingga bertukar warna kemerahan.
- Angkat dan ke tepikannya.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis hirisan bawang besar bersama serai hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar serta pes cili kering.
- Tumis hingga pekat dan pecah minyak, kemudian masukkan sos cili dan tomato.
- Masukkan pula udang yang telah digoreng tadi dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
- Setelah cukup rasas, tutup api.
- Udang Masak Merah sedia dihidangkan.
10. SAMBAL TEMPOYAK PUCUK KAYU

BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun pucuk ubi | hiris halus
4 helai daun kunyit | hiris halus
20 helai daun kaduk | hiris halus
5 papan petai | ambil isi dan hiris
8 batang serai | hiris halus
300 ml santan pekat
1 cawan tempoyak
1 cawan ikan bilis | kopek dan cuci bersih
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1/2 cawan cili padi | buang tangkai
4 cm kunyit hidup
Segenggan ikan bilis
CARA MEMASAK:
- Cuci besih bahan hirisan di bawah air mengalir, kemudian tos.
- Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama tempoyak serta santan pekat.
- Seterusnya masukkan ke dalamnya semua bahan hirisan serta ikan bilis tadi.
- Masak atas api sederhana hingga dedaun dan petai lembut
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Masak hingga kuah pekat.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP
Nak Niaga Makanan? Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan & Jual Secara COD
Guna 3 Bahan Je. Ini Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Super Lazat & Mudah
Resipi Kuih Asam Gumpal. Menu Minum Petang Mudah Buat Masa PKP
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Ketupat Sotong Terengganu Versi Puan Zaini

Resipi ketupat sotong Terengganu versi puan Zaini mungkin berbeza dengan cara orang lain. Tapi menurutnya, ia merupakan resipi turun temurun daripada arwah maknya.
Bagi peminat ketupat sotong, bolehlah cuba versi ini pula ye. Katanya macam nak buat lemang.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Zaini Ibrahim ini. Gerenti tak menyesal!
Resipi Ketupat Sotong Terengganu
Bahan-Bahan:
Sotong
Beras pulut – boleh beli online di sini
Santan
Garam – boleh beli online di sini
Air
Daun pandan
Serai
Halba – boleh beli online di sini
Asam keping – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Lidi/pencungkil gigi (untuk kemaskan sotong)
Cara Memasak:

Siang sotong dan bersihkan. Kulitnya juga dibuang ye. Cuci bersih-bersih dan toskan.
Sambil itu dalam satu bekas, sediakan beras pulut untuk diisi dalam sotong nannti. Masukkan santan sikit dan garam dalam beras pulut tu. Gaul sekata.

Masukkan beras pulut tadi ke dalam badan sotong. Tapi jangan terlalu banyak. Sekadarnya. Selepas itu masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan sepit dengan lidi/ pencucuk gigi.
Kemudian rebus sotong yang dah disumbat beras pulut itu dan letak sehelai daun pandan untuk menghidangkan hanyir sotong dan baunya wangi.

Bila sotong dah padat sebab pulut dah masak, toreh badan dia supaya nampak pulut dah masak ke dalam.
Agak-agak pulut dah masak, buang sikit air rebusan tadi dan bubuh santan. Selepas letak santan, masukkan serai, halba, asam keping, garam dan gula.

Seimbangkan rasanya. Seeloknya ketika masak tu biar kuah lebih tinggi daripada sotong. Tapi bergantung pada masing-masing sama ada nak kuah lebih atau tak. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Bubur Candil Hidangan Pemanis Mulut Yang Sedap Dan Cantik Dipandang
Cara Melapis Apam Cornetto Mini Yang Comel & Sekata Warnanya
Sedapnya Pengat Nangka Jagung Bersagu, Buat Hidangan Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Sajian Ibu Dari Kampung Jadi Pengubat Rindu, Menangis Kesedapan!

Sajian tradisional ini sungguh istimewa sekali. Campuran rempah ratusnya adalah resipi warisan zaman berzaman milik keluarga pemilik Bunga Lawang Cafe, Ruhil Shafinaz. Ia diwarisi dari moyang belah ayahnya yang berasal dari Muar, Johor. Rasa asli makanan kampung dari Johor ini pastinya mencetus rasa rindu air tangan ibu yang dikasihi. Ikuti resipi yang dikongsi oleh Ruhil dan ibunya Hasnah Hassan ini.

AYAM GORENG JINTAN BLC

BAHAN-BAHAN:
- 500 gm isi ayam /dipotong saiz sederhana
BAHAN DITUMBUK KASAR:
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh lada hitam
- 2.5 cm kunyit hidup
- 2.5 cm halia
BAHAN HIRIS:
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar /dihiris membulat
- 2 cili hijau /dihiris kasar.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
- Kemudian masukkan isi ayam. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada terlalu kering.
- Goreng sampai ayam hingga empuk dan airnya sudah kering. Pastikan isinya sedikit garing di luar. Masukkan bahan yg dihiris dan gaulkan seketika dan padamkan api..
- Ayam goreng jintan sedia dihidang.
INFO CHEF : Untuk rasa rempah yang lebih berperisa dan sebati, anda boleh perapkan dahulu isi ayam dengan bahan yang ditumbuk kasar, sekurang-kurangnya setengah jam.
ASAM PEDAS KEPALA IKAN JENAHAK SAWI ASIN

BAHAN-BAHAN:
- 1 kepala ikan Jenahak sederhana besar /dibersihkan
- 1 tangkai sawi asin dipotong kasar.
- 2 senduk minyak masak
- 2 cawan air
- 1 cawan air asam jawa
- garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Bahan menumis / dihiris:
- 3 ulas bawang putih
- 7 ulas bawang merah
- 2.5 sm halia
Bahan Dikisar/Jadikan pes basah :
- 1 genggam cili kering direbus dulu
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 2 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- Sedikit belacan
- 1 sudu kecil lada hitam
Cara Memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga kekuningan
- Masukkan bahan yg dikisar dan biar atas api sehingga naik minyak.
- Masukkan air asam jawa dan masukkan kepala Ikan dan sawi asin.
- Biar mendidih dengan api yang sederhana tambahkan air, garam dan perasa.
- Biar mereneh seketika atas api yang perlahan dan asam pedas siap untuk hidangan..
INFO CHEF : Biasanya asam pedas yang berasal dari bandar raya Johor Bahru gemar meletakkan sawi asin. Anda boleh juga memasukkan bunga kantan dan serai bagi melazatkan lagi sajian.
SOTO AYAM BLC

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – potong 4
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 sudu makan serbuk lada putih
- Beberapa cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ( 2-4 biji)
- 2 sm kayu manis
BAHAN TUMIS – DIHIRIS:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
- 1 sudu teh lada hitam
BAHAN SAMBAL CILI KICAP
- Segenggam cili padi / ditumbuk
- 2 ulas bawang putih/ditumbuk
- Kicap lemak manis ikut suka
- 1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)
- (Goreng dulu cili dan bawang putih dan ‘blend’ satukan semua bahan dengan kicap),
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau.
- .Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih.
- Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan ayam dan gaul seketika. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
- Bila ayam sudah masak, keluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
- Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.
- Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mihun yang dicelur.
- Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan ayam carik.
- Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
INFO CHEF : Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
SOTONG MASAK HITAM BLC

BAHAN-BAHAN:
- 6- 7 ekor sotong saiz sederhana
BAHAN A:
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk
- 1/2 inci halia /ditumbuk kasar
- 1/2 inci kunyit hidup |ditumbuk kasar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
BAHAN B:
- 1 biji bawang besar |dihiris bulat
- 2 – 3 biji cili hidup | padi
- 1 batang serai |diketuk
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.
- Kemudian tos dan ketepikan.
- Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan 1 dan serai.
- Kemudian masukkan dakwat sotong dan biarkan seketika. Masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air.
- Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
DENDENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging batang pinang
- 1/2 kg cili merah | buang biji dan kisar kasar
- 1/2 kg bawang besar |dikisar
- Sedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat
- 2/3 sudu makan cuka
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rebus daging hingga lembut.
- Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang.
- Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar.
- Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata.
- Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF : Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
Penyelaras: FARIDAH TALIB
Foto: MOHD IZARI ROSLI
Terima Kasih: Bunga Lawang Cafe
Resipi: Hasnah Hassan dan Ruhil Shafinaz Hussein


