Raindrop Cake Versi Mini Guna Acuan Lompang. Resipi Mudah & Sedap

Share

Raindrop Cake @ Japanese Water Cake ni viral di TikTok dan ramai yang telah mencuba. Ia berupa manisan ringkas yang dimasak menggunakan serbuk agar-agar dan dinikmati bersama air gula merah dan juga serbuk kacang. Bentuknya yang jernih seakan titisan hujan dan sangat cantik sekali. Katanya menisan ini asalnya populat di Jepun pada tahun 2014 dan mula viral ke negeri-negara lain di seluruh dunia. Sangat mudah resipinya. Nak cuba? Saudari Norma Shahrin

ada resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MUDAH BUAT RAINDROP CAKE @ JAPANESE WATER CAKE MUDAH VERSI MINI

BAHAN-BAHAN:
1 paket Konyaku Jelly Powder / serbuk agar agar beli online disini
950ml air
250gm gula halus beli online disini
Pewarna – jika suka
Gula merah beli online disini
Serbuk kacang tanah beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Satukan serbuk konyaku, air dan gula halus. masak hingga hancur.


2. Jika suka, boleh letak pewarna pilihan atau jika mahu warna jernih, kekalkan sahaja pada warna asal.


3. Bila campuran sudah larut, tuang adunan dalam bekas acuan lompang. Biarkan sejuk.


4. Masak gula merah bersama sedikit air hingga larut. Kemudian biarkan sejuk.


5. Bila agar-agar sudah mengeras, keluarkan dari acuan dan siram dengan gula merah serta serbuk kacang.


6. Raindrop Cake versi mini sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norma Shahrin

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur