Rendang ayam basah begini memang sesuai sangat bagi yang suka menyicah. Selain makan dengan nasi, rendang ayam basah ini boleh cicah dengan roti jala, pulut kuning atau paling senang lempeng saja.
Boleh juga jadi hidangan bersama dengan lemang raya nanti. Bagi yang nak cuba cara membuatnya dikongsi oleh Noor Ali.
Bahan-bahan
1 ekor ayam
4 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
3 inci halia*
3 inci lengkuas*
1 sb serbuk kunyit*
1 genggam cili api*
2 senduk rata cili kering kisar *
5 batang serai (dititik)
3 sb ketumbar
2 sb jintan
2 sb serbuk kari ayam
1 cawan santan kotak
Air
4 sb kerisik
2 helai daun kunyit (dimayang)
Garam secukupnya
1 asam keping
Cara membuat:
1. Kisar ahan-bahan bertanda * dan ditumis bersama serai hingga agak garing. Masukkan ketumbar, jintan,serbuk kari ayam.
2. Kacau sekata kemudian masukkan ayam. Kacau dan biarkan seketika hingga terbit airnya.
3. Masukkan santan dan air dan masaklah hingga likat.
4. Perlahankan api, biarkan seketika.
5. Seterusnya masukkan kerisik, daun kunyit, asam keping, garam. Sesuaikan rasa dan kacau hingga rendang masak.
Sumber: Noor Ali.