Dulu roti khurasan ni sangat popular. Biasanya menggunakan inti daging. Sekarang ni ada pelbagai variasi inti.
Ada yang guna inti ayam carbonara atau sardin ikut kegemaran masing-masing. Resipi yang dikongsi Siti Zanariah Khalit ini, menggunakan inti daging versi ibu.
Roti khurasan/roti baghdad ini boleh disediakan untuk disejukbeku. Senang anak-anak nak bawa bekal ke sekolah nanti.
ROTI KHURASAN / ROTI BAGHDAD
BAHAN-BAHAN:
2 buku roti
Kulit popia
Tepung gandum + air (untuk dijadikan gam)
BAHAN INTI:
400 gm daging kisar
3 biji bawang besar/ bawang holland | dipotong dadu – beli online di sini
4 ulas bawang putih | cincang – beli online di sini
Cili padi | hiris halus – beli online di sini
250 gm mix vege
1 tin sos mushroom spaghetti prego
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit tepung jagung – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak. Minyak tak perlu banyak sebab nanti daging akan mengeluarkan minyak.
2. Masukkan daging. Bila daging hampir masak, masukkan bawang dan cili padi. Masak hingga bawang layu.
3. Masukkan sos spaghetti, mix vege, gula, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan masak hingga pekat.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Gaul rata.
5. Roti dipotong dua bahagian. Masukkan inti. Balut dengan kulit popia. Kemaskan balutan.
6. Kalau nak difrozenkan bolehlah susun dalam bekas. Atau terus digoreng.
7. Saya nak cepat siap jadi roti tu hanya dipotong dua. Kalau nak cantik, roti potong 4, baru nampak comel.
Kredit resipi: Siti Zanariah Khalit
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Kek Sarang Semut Tanpa Perlu Perap, Hasilnya Menjadi!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI