Buat Roti Lembut & Donut Gebu Guna Satu Resipi. Sekali Buat Dapat Dua Hidangan

Share

Sekali buat dapat dua menu, roti dan donut. Roti lembut, donut pun gebu. Seronok dapat hasil macam ni. Donut juga boleh frozen, untuk makan bila-bila suka.

Memang berbaloi buat resipi dikongsi oleh homebaker, Wanda Jasmi.

Langkah demi langkah juga disertakan oleh beliau.

Cara buat roti & donut guna satu resipi

1. Rendam bahan A hingga kembang.

Bahan A :
Air suam – 1 cawan
Yis – 1 paket
Susu pekat – 3 sb
Gula – 2 sb
Telur – 1 biji

 

2. Bila Bahan A dah kembang, campurkan bersama bahan B. (Andai doh masih melekat dan lembik, tambah tepung lagi ya sampai doh tak melekat)

Bahan B :
Tepung gandum – 3 cawan
Majerin – 2 sb
Garam – 1 sk

 

3. Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga doh betul-betul gebu.

4. Rehat kan doh selama 1 jam atau sehingga 2 kali ganda kembang.

 

5. Bila dah kembang, tumbuk doh perlahan-perlahan supaya angin dalam doh keluar. Dan uli selama 5 minit.

 

6. Timbang doh sama berat, untuk dapatkan saiz yang sama. Ini 50gm setiap satu.

 

7.Jangan lupa sapu majerin dalam loyang (9×9), supaya mudah untuk keluarkan roti nanti.

 

8. Bentukkan untuk buat roti atau donut. Boleh masukkan apa-apa sahaja inti.

 

9. Selepas bentukkan, biarkan mengembang 2-3 kali ganda sebelum bakar/goreng.

 

10. Bakar suhu 160° selama 20-30 minit. Api atas bawah. Oven panaskan terlebih dahulu. Dalam 5 minit.

11. Siap bakar, sapu susu pekat campur air atas roti. Susu kotak pun boleh.

10. Hasil roti dan donut

 

 

Selamat mencuba!

Sumber: Wanda Jasmi.

 

Published by
Rose