Tengok gambar sahaja dah boleh rasa kesedapan Sambal Belacan ni. Kalau nak tahu ada petua untuk mendapatkan rasa sambal belacan yang sedap. Kalau ikut cara ni, InsyaAllah hasilnya pasti tidak menghampakan. Bolehlah buat stok. Tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk. Nak tahu cara buat Sambal Belacan sedap? Ini rahsianya.
RESIPI SAMBAL BELACAN YANG SEDAP
Ads
BAHAN-BAHAN: 6 biji limau kasturi – dibuang biji 50gm belacan yang telah dibakar 3 biji cili merah 1 biji cili hijau 8 biji cili padi hijau 25 biji cili padi merah 100ml air asam jawa pekat Garam dan gula secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK: 1. Satukan limau kasturi, belacan, cili merah, cili hijau, cili padi merah, cili padi hijau dan air asam jawa. Kisar kasar. 2. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya. 3. Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam bekas bersih, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. 4. Jika ingin menyediakan Sambal Belacan dalam kuantiti yang banyak, boleh gandakan sukatan bahannya.
Ads
PETUA:
Bakar belacan sekejap supaya sambal jadi lebih beraroma.
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Ia adalah petua supaya Sambal Belacan tahan lama.
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (pastikan biji dibuang) akan membuatkan sambal jadi lebih wangi dan sedap.
Semasa mengisar, guna beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Ia adalah petua supaya tidak sakit perut apabila makan sambal.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada masa terluang hujung minggu ini? Jom serbu ke RASA Layan Curry Fiesta yang telah akan berlangsung selama empat (4) hari bermula 5 hingga 8 September 2024 dari jam 11 pagi hingga 12 malam. Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti anda seisi keluarga!
RASA Layan Curry Fiesta merupakan pertama kali dianjurkan oleh pihak portal majalah RASA dengan rakan kerjasama HAVOC sempena sambutan Hari Malaysia. Lebih meriah lagi, RASA Layan Curry Fiesta turut diiringi bersama Syok Fest Kita anjuran ASTRO yang berlangsung di Oval Lawn, Setia City Convention Centre. Kemeriahan berganda dengan pesta makanan dan hiburan.
Antara aktiviti yang bakal menanti anda hujung minggu ini termasuklah:
Pertandingan Teh Tarik Kaw-Kaw bersama The Teh Tarik King
Pertandingan Roti Canai Terbang bersama Chef Matt
Nasi Kandar Percuma Terima Kasih Abang Rider
Pertandingan Makan Roti Canai Ekspres Ultra bersama redONE
Demo Masakan Kari Sajian Istana & Daging Masak Jintan x JALEN
Pameran Kereta Berhias Hello Kitty Malaysia
Mini Petting Zoo
PERCUMA! 250 Kari Ikan Jenahak (Booth RASA)
Raja Roti John Kewpie
Bukan itu saja, Havoc turut menganjurkan pelbagai program menarik seperti:
Majlis Ilmu: Ilmu Apa Hari Ini
Majlis Havoc Berselawat
Meet & Greet
Busking
Clown & Magic Show
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
Pertandingan Memanah
Pertandingan Congkak
Jangan lepaskan peluang ini dan rasai kemeriahan di RASA Layan Curry Fiesta pada 5-8 September 2024 di Parking B, Setia City Convention Centre, Shah Alam bermula jam 11 pagi hingga 12 malam. Jumpa anda di sana!
Bulan Ramadan merupakanbulan yang penuhkeberkatan, tetapibagiramaiindividu yang sibuk, mengekalkankesihatan dan tenagasepanjangharibolehmenjadicabaran. Berpuasadarisubuhhingga maghrib memerlukantubuh yang kuat dan sistemimun yang kukuh agar dapatmenjalani ibadah dengansempurnasambilmengekalkanproduktivitiharian.
Mengapa Pilih Blackmores?
Sebagai jenama suplemen kesihatan yang dipercayai selama lebih 90 tahun, Blackmores kini disahkan Halal oleh JAKIM, memastikan pengguna Muslim boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan yakin. Dengan komitmen kepada kualiti dan keberkesanan, Blackmores menawarkan suplemen yang dirumuskhasuntukmenyokongkesihatansepanjang Ramadan dan harianmelaluigabunganbahan-bahanpentingseperti vitamin, mineral, dan antioksidan.
SokonganNutrisidengan Blackmores
Gabungan Vitamin & Mineral untuk Tenaga Berpanjangan
Dalam kehidupan moden yang serba pantas, sukar untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan hanya melalui diet harian. Suplemen multivitamin yang mengandungi kombinasi vitamin dan mineral penting boleh membantu menampung keperluan tubuh sepanjang Ramadan:
✔Vitamin B kompleks – Menyokong metabolisme tenaga, membantu mengurangkan keletihan dan meningkatkan daya tahan tubuh.
✔Vitamin C dan zink – Membantu memperkuat sistem imun untuk mengekalkan kesihatan sepanjang bulan puasa.
✔Kalsium dan magnesium – Penting untuk kesihatan tulang dan otot, terutama bagi individu yang aktif bekerja atau bersenam.
Perlindungan Imun Harian dengan Vitamin C
Perubahan jadual makan dan waktu tidur semasa Ramadan boleh memberi kesan kepada daya tahan tubuh. Pengambilan vitamin C dapat menyokong sistem imun dan kesihatan harian dengan cara yang lebih mudah dan praktikal:
✔Dikunyah mudah diambil, tanpa air – Sesuai untuk individu yang sibuk atau sering berada di luar rumah.
✔Menyokong sistem imun – Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang membantu menguatkan daya tahan tubuh.
✔Rasa enak & mesra pengguna – Formula yang mudah diambil menjadikannya pilihan ideal untuk seisi keluarga.
Blackmores Meriahkan Program Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira
Sempena bulan Ramadan, Blackmores turut menyemarakkan kemeriahan sebagai penaja utama Program Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira yang telah diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Acara ini berlangsung dengan penuh meriah dengan penglibatan lebih 70 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membantu dalam penyediaan sehingga agihan 8,000 bubur lambuk kepada orang ramai.
Selain itu, Blackmores juga berbesarhatimenyumbangkan2,000 produksuplemensecarapercuma, membolehkanlebihramaimenikmatimanfaatkesihatan yang ditawarkan. Inisiatifinimencerminkankomitmen Blackmores dalammenyokongkesejahteraanmasyarakat, terutamadalambulan yang penuhkeberkatanini.
Para pengunjungturutberpeluangmengunjungibooth Blackmoresuntukmendapatkantawaranmenariksertamenjalaniujiankolesterol dan analisiskomposisi badan secarapercuma. Ini adalahsatupeluangterbaikuntukmengenalilebihlanjuttentangkesihatananda dan mendapatkansuplemenberkualititinggi yang bolehmenyokongkesejahteraansepanjang Ramadan.
Program initurutdihadiri oleh tetamukehormatbarisantertinggiAngkatan Tentera Malaysia (ATM), termasukPanglima-panglimasertapihakpengurusantertinggi Nu Ideaktif.
Dengan Raya yang semakinmenghampiri, pastikanandamemberikan yang terbaikuntukkesihatananda dan keluargadengan Blackmores. DisahkanHalal oleh JAKIM, Blackmores teruskomiteddalammembantuandamenjalani ibadah denganlebihsihat dan bertenaga.
Sedapnya ayam BBQ. Ni ada cara mudah untuk buat perapan ayam BBQ yang sedap dan sesuai untuk sajian keluarga, berkelah atau majlis hari jadi. Bahan yang digunakan sangat mudah dan mudah didapati. Lagi lama perap, lagi sedap rasanya. Jom cuba resipi enak ini, pasti puas hati.
RESIPI PERAPAN AYAM BBQ
BAHAN-BAHAN:
1kg kepak ayam – bersihkan
Kicap manis secukupnya
1-2 sudu makan MAGGI®️Sos Tiram
2-3 sudu makan madu
2-3 sudu makan MAGGI®️Sos Cili
Serbuk sweet paprika atau serbuk cili secukupnya
1 sudu makan serbuk lada hitam
10 ulas bawang putih – tumbuk lumat
2 inci halia – tumbuk lumat
Sedikit kunyit hidup – tumbuk lumat
MAGGI®️ CukupRasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi ayam.
Gaul rata dan perap ayam selama satu jam atau lebih. Lebih lama perap lagi sedap rasanya.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak ayam menggunakan api perlahan hingga masak sepenuhnya. Disarankan menggunakan kuali non-stick. Boleh juga dibakar menggunakan arang atau ketuhar.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
PETUA: Ayam ini akan berasa lebih enak jika diperap lebih lama. Disarankan perap semalaman untuk menyedapkan rasa.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!