Sambal bilis ada banyak versi, ada yang kering, sambal banyak, sambal garing, sambal hijau dan sebagainya. Tapi yang pasti semuanya sedap belaka.
Satu lagi resipi sambal bilis yang ringkas dan boleh kita buat adalah sambal bilis hancur perkongsian Ziela Mazlan
. Memang mantap bila dipadukan dengan telur mata dan nasi panas.Ikan Bilis
Cili padi merah dan hijau
Bawang putih
Bawang merah
2. Panaskan minyak, lalu goreng bahan-bahan yang sudah ditumbuk atau dikisar tadi.
3. Tumis menggunakan api sederhana, sampai kering airnya. Kemudian perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa (jika suka).
4. Kacau lagi sampai sambal kering.
Siap! Sedap di makan bersama dengan telur dadar
Nota: Kalau ada tomato, hancurkan sekali. Nanti rasanya lebih kurang sama macam sambal hitam.
Kredit: Ziela Mazlan