Sambal hijau memang menjadi kegemaran ramai. Ada yang suka buat stok sebab memudahkan bila nak guna. Ada yang buat sambal ikan keli dan sambal ayam. Curah sahaja sambal hijau ini. Tapi, kalau buat Sambal Hijau Petai, memang tak pandang lauk lain dah.
Nak buat sambal ini mudah sahaja, janji ada petai. Jom ikuti perkongsian resipi daripada Anis Shafini ini. Tampak menyelerakan sungguh sambal petainya. Banyak isi petainya. Macam ini barulah dikatakan Sambal Hijau Petai. Jom kita buat.
Kisarkan bahan bertanda (*). Kisarkan dengan hanya sedikit sahaja air. Sebab nakkan sambal jenis kering dan untuk sambal cepat masak, tak lama menumisnya.
Sementara itu, boleh goreng ikan bilis sehingga garing.
Tumiskan bahan kisar yang bertanda (*) tadi.
Tumis guna minyak goreng ikan bilis tadi. Minyak kena banyak.
Kemudian, masukkan garam, gula, asam keping dan Cukup Rasa.
Tumis lagi dan kacau sampai berubah warna dan sehingga air betul-betul kering.
Apabila airnya dah kering, sambal pun telah berubah warna, boleh masukkan petai. Kacau sekejap.
Perasan tak, kadangkala ada individu yang tidak boleh menikmati sambal yang menggunakan belacan sebagai ramuannya. Ini kerana mereka mungkin mempunyai resdung atau alahan. Kalau makan juga, alamatnya bersin-bersinlah jawabnya.
Justeru, seorang personaliti kebun bandar, Enkay Nik Mustaffa memberikan resipi Sambal Tanpa Belacan. Menurutnya, resipi ini adalah daripada ibunya sendiri yang kerap membuat sambal sebegini disebabkan mahu mereka yang ada alahan pun dapat menikmati sambal ketika makan nasi. Barulah nikmat, kan?
Sambal ini tidak menggunakan gula putih sebaliknya menggunakan gula melaka yang juga dipanggil sebagai gula kelapa atau nise.
“Saya memang dah lama tidak ambil gula putih. Ini kerana gula putih mengandungi bahan tidak baik dalam tubuh. Gula boleh menyebabkan ketagihan. Malah turut tidak elok diambil secara berlebihan sehingga meningkatkan risiko kepada masalah jantung,” ujarnya.
Jom kita tengok resipi sambal tanpa belacan ni. Sedap dimakan dengan nasi panas dan ayam goreng. Wow!
SAMBAL TANPA BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 ulas bawang putih
4 biji bawang merah kecil
10 biji limau kasturi (dibelah dan diperah jus dan bijinya)
2 inci halia
Segenggam cili padi
5 sudu besar cuka makan
Sedikit gula melaka
Garam scukup rasa
CARA MEMBUAT:
1) Bawang merah dan bawang putih dibakar.
2) Ambil pengisar, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dibakar tadi.
3) Masukkan kulit limau kasturi.
4) Masukkan jus limau kasturi yang telah ditapis.
5) Masukkan halia.
6) Kisar semua ini sehingga hancur.
7) Masukkan pula cili padi. Kisar sekali lagi.
8) Masukkan cuka makan. Kisar sekali lagi.
9) Masukkan gula melaka dan garam mengikut cita rasa anda. Kisar lagi. Siap untuk dihidang.
Perkongsian Enkay mengenai sambal tanpa belacan ini di TikTok telah mendapat 267.3k tontonan.
Jika ada menu pembuka selera yang kena dengan tekak, memang bertambah nasi dibuatnya. Sambal ketuk ikan bilis bersama cili padi dan belimbing buluh merupakan antara menu ringkas yang mampu membuka selera kita. Gabungan rasa pedas, masam dan manis ini memang sedap, lagi-lagi dimakan bersama nasi panas.
RESIPI SAMBAL KETUK IKAN BILIS BERSAMA CILI PADI & BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
Cili padi merah
Cili hijau
Cili merah
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Ikan bilis – direndam dan ditoskan
Stok ikan bilis
Sedikit gula
Belimbing buluh – dihiris halus
CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng semua bahan dengan sedikit minyak sehingga kekuningan. Jangan goreng ikan bilis sehingga rangup.
2. Tumbuk lumat bahan-bahan yang digoreng tadi dan tambah sedikit gula.
3. Kemudian, masukkan belimbing dan tumbuk kasar belimbing tersebut.
Bab makanan, bila teringin-teringin memang kena buat. Kalau tak, nanti asyik teringat dan tak senang duduk.
Menerusi perkongsian Norisma Miskan ini, dia merindui sambal kegemaran arwah abahnya dan terus buat Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai.
Makan pula dengan nasi panas dan ikan goreng sudah cukup menyelerakan.
RESIPI SAMBAL IKAN MASIN DAUN KUNYIT, SERAI DAN PETAI
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili padi (kalau nak lagi pedas, boleh tambah) – beli online DI SINI 4 biji bawang merah – beli online DI SINI 4 biji bawang putih – beli online DI SINI 3 helai daun kunyit 3 batang serai – beli online DI SINI Petai Ikan masin (saya guna ikan kurau. Kalau ada ikan pari masin lagi sedap) *Bahan-bahan di atas tu semua hiris ye
1. Mula-mula, goreng ikan masin sampai masak. Lepas tu angkat dan toskan.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumis cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai agak-agak layu sikit.
3. Masukkan petai, tumis sekejap. 4. Lepas tu, masukkan daun kunyit dan serai hiris. Tumis sampai layu.
5. Masukkan ikan masin dan asam keping. Gaul bagi rata.
6. Masukkan air sikit, garam (kalau tak masin) dan secukup rasa. Bagi mendidih kejap. Waktu ni, kalau nak letak tempoyak pun boleh. Letak dalam 2 sudu besar. Kalau tak nak letak pun tak apa.