Sambal hijau memang menjadi kegemaran ramai. Ada yang suka buat stok sebab memudahkan bila nak guna. Ada yang buat sambal ikan keli dan sambal ayam. Curah sahaja sambal hijau ini. Tapi, kalau buat Sambal Hijau Petai, memang tak pandang lauk lain dah.
Nak buat sambal ini mudah sahaja, janji ada petai. Jom ikuti perkongsian resipi daripada Anis Shafini ini. Tampak menyelerakan sungguh sambal petainya. Banyak isi petainya. Macam ini barulah dikatakan Sambal Hijau Petai. Jom kita buat.
SAMBAL HIJAU PETAI
BAHAN-BAHAN:
1-2 biji bawang merah*
1 labu bawang putih*
Kunyit (sebesar ibu jari)*
Sedikit belacan bakar* (pilihan)
Segenggam cili api hijau*
Cili besar hijau*
Asam keping – Boleh beli online di sini
Petai – Boleh beli online di sini
Ikan bilis – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Kisarkan bahan bertanda (*). Kisarkan dengan hanya sedikit sahaja air. Sebab nakkan sambal jenis kering dan untuk sambal cepat masak, tak lama menumisnya.
Sementara itu, boleh goreng ikan bilis sehingga garing.
Tumiskan bahan kisar yang bertanda (*) tadi.
Tumis guna minyak goreng ikan bilis tadi. Minyak kena banyak.
Kemudian, masukkan garam, gula, asam keping dan Cukup Rasa.
Tumis lagi dan kacau sampai berubah warna dan sehingga air betul-betul kering.
Apabila airnya dah kering, sambal pun telah berubah warna, boleh masukkan petai. Kacau sekejap.
Masukkan ikan bilis. Kacau lagi sekejap.
Siap! Sedia dimakan dengan nasi putih.
Kredit: Anis Shafini
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official