Buat Sambal Hitam Cara Mudah & Cepat, Tak Perlu Rebus Belimbing Berjam-jam

Share

Selain patin tempoyak, sambal hitam ini antara hidangan dari negeri Pahang. Menggunakan belimbing buluh, ia perlu direbus berjam-jam sebelum dijadikan sambal. Tujuannya supaya sambal ini tahan lama.

Tapi jika nak menyediakannya untuk sekali makan ada cara pantas untuk menghidangkan sambal hitam ini tanpa perlu merebus lama belimbing buluh. Caranya dikongsi oleh Habib Izzah

Cara buat sambal hitam tanpa perlu rebus belimbing

Bahan-bahan:

Ikan bilis
Bawang merah
Cili ikut kepadasan masing-masing
Belimbing buluh
Minyak masak

Cara penyediaan:
  1. Kisar bawang dan ikan bilis dulu, kemudian tumis.
  2. Bila tumisan agak kering baru kisar cili dan belimbing. Kemudian tuang dalam kuali menumis bawang tadi.

4. Kacau-kacau sebati.

5. Bila tumisan masak dan pecah minyak perasakan dengan garam

6. Kacau lagi hingga kering. Bila dah kering, siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas

Sumber : Habib Izzah 

 

Published by
Rose