Resipi Sambal Kicap Johor ni memang padu. Andai ke negeri Selatan tanah air ni, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama sup pun padu. Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Hamizah Zakaria ni. Sesuai dijadikan stok sambal dekat rumah. Boleh makan dengan macam-macam benda. Simpan dalam peti sejuk je. Nak makan, tinggal ceduk sahaja. Sangat berbaloi untuk dicuba.
RESIPI SAMBAL KICAP JOHOR NGENCES MELELEH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak masak dan goreng cili padi dan bawang putih seketika. Bila sudah kelihatan layu, angkat dan toskan minyaknya.
2. Tumbuk bahan-bahan goreng tadi sehingga lumat. Boleh juga guna pengisar tapi lebih sedap jika ditumbuk.
3. Tuang kicap lemak manis dengan secukupnya dan perasakan dengan sedikit garam serta gula. Kacau hingga bahan perasa larut.
4. Akhir sekali, perahkan sedikit jus limau kasturi bagi menyedapkan lagi rasa sambal kicap. Memang lebih enak jadinya.
5. Simpan dalam bekas bertutup yang bersih dan bolehlah dinikmati.
6. Sambal Kicap ini enak dinikmati dengan aneka makana goreng dan bersup mengikut citarasa serta selera masing-masing.
Kredit resipi & foto: Hamizah Zakaria
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official