Bila terkejar-kejar nak memasak, time tulah rasa nak makan sambal. Masalahnya sambal ni kalau nak sedap, kena masak lama. Tambah sedapnya tu. Macam mana agaknya nak buat sambal yang sedap tapi tak ambil masa yang lama?

Satu lagi, kalau buat sambal bila dimasak lama ia akan menjadi kering. Lama-lama hangit jadinya sambal tu. Apa yang boleh dibuat untuk pastikan sambal dimasak sentiasa ‘basah’ dan tahan lama? Inilah resipinya yang boleh anda cuba:

BAHAN-BAHAN:

  • 2-3 biji cili merah | dikisar
  • 3-4 biji cili padi | dikisar
  • 3-4 labu bawang merah | dikisar
  • 1 labu bawang besar | dipotong bulat
  • 3-4 ulas bawang putih | dikisar
  • Sedikit jus asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit minyak

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih.
  2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap!
  • Jika mahu masukkan bahan protein ke dalam sambal ini juga tidak ada masalah.
  • Sesetengah orang suka mencampurkan sedikit sos tiram ke dalam sambal udang atau sotong.