Makan

Buat Satay Ayam Dan Daging Cukup Rempah Ratus, Barulah Sedap

Share

Bila dihidangkan menu satay pastinya tak cukup satu cucuk. Paling tidak pun 10 cucuk seorang. Perapan satay sama ada daging mahupun ayam pastikan cukup ramuannya. Barulah sedap rasanya. Rempah ratus yang diperap inilah menaikkan aroma rasa pada satay apabila dibakar nanti.Tip nak dapatkan satay yang cantik berkilat, kena balik-balikkan dan sapukan madu,air,minyak dan serai sikit. Selamat mencuba.

Satay Ayam dan Daging

Bahan-bahan:
* 1kg isi ayam (potong kiub)
* 1/2 kg daging lembu (potong kiub)
* 2 sudu besar jintan manis
* 2 sudu besar jintan putih
* 2 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar serbuk ketumbar
* 14 sudu besar gula putih (boleh tambah/ kurangkan)
* 3 sudu besar gula merah
* Sedikit garam

Bahan kisar:
* 5 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* 2 inci halia
* 4 batang serai
Cara membuat:
1. Kisar bahan kisar dan bahagikan kepada dua bekas untuk ayam dan daging.
2. Perapkan semua bahan-bahan di atas, bahan kisar bersama ayam dan daging
yang dipotong kiub.
3. Sebatikan dan perap semalaman dalam peti ais, lagi lama perap lagi sedap.

4. Cucuk satay dengan lidi dan bakar dalam air fryer selama 40 minit dengan suhu
180-200c
5. Air perapan satay jangan dibuang,boleh diguna untuk kuah kacang cuma tambahkan:
* 10 tangkai cili kering (dikisar dan tumis)
* 1 serai ketuk
* Kacang tanah (digoreng dan kisar)
* Air asam jawa
Masak semuanya sampai pecah minyak perasakan dengan gula dan garam.

Kredit: Riena Eris

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN