Buat Sate Dan Kuah Kacang Homemade, Memang Terangkat Rasanya

Share

Sate sememangnya menjadi makanan kegemaran ramai. Ada sate daging, sate ayam, sate rusa dan pelbagai lagi. Cicah pula dengan kuah kacang, berulamkan timun dan bawang merah yang dihiris. Sedapnya.

Tapi, lagi sedap kalau buat sendiri. Lebih-lebih lagi untuk menjamu keluarga besar, buat family gathering ataupun jamuan meraikan sesuatu perayaan. Seronok juga mencucuk sate beramai-ramai dengan ahli keluarga dan bakar bersama-sama. Nikmati pula dengan kuah kacang. Sepuluh cucuk seorang pun belum tentu cukup.

Nak tahu resipi buat sate dan kuah kacang yang ringkas tapi sedap? Jom ikuti resipi perkongsian daripada Noorlaili Zainal

ini. Cubalah. Pasti teringat-ingat keenakannya.

SATE AYAM

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (ambil isi saja, potong dadu, cuci dan toskan)

BAHAN KISAR:

2 biji bawang besar – Boleh beli online di sini

1 labu bawang putih

2 inci halia – Boleh beli online di sini

4 batang serai

**Kisarkan semua bahan di atas.

BAHAN PERAP:

2 cawan gula

2 sudu kecil garam – Boleh beli online di sini

4 sudu kecil kunyit

3 sudu besar jintan manis – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Dalam besen besar, masukkan isi ayam, bahan kisar dan bahan perapan.

Gaulkan sebati dan perapkan seketika.

Apabila telah diperap, barulah boleh mencucuk daging ayam pada lidi sate.

Ambil sedikit lebihan perapan tadi, letakkan ke dalam bekas dan campurkan sedikit minyak. Ini bahan untuk merenjis sate ketika dibakar nanti.

Siap. Ini sate yang telah siap dibakar.

KUAH KACANG

BAHAN-BAHAN:

1 genggam cili kering – Boleh beli online di sini

2 biji bawang besar

2 inci halia

**Kisar semua bahan di atas.

1 batang serai (diketuk)

2 cawan kacang tanah (dikisar) – Boleh beli online di sini

2 keping gula melaka – Boleh beli online di sini

½ cawan gula

Garam

Air secukupnya

Asam keping

CARA MEMASAK:

Panaskan minyak. Kemudian, tumiskan bahan kisar.

Kemudian, masukkan serai. Tumis sampai pecah minyak.

Masukkan pula kacang tanah dan gaulkan sebati.

Masukkan air dan kacau lagi. Biarkan sehingga mendidih dengan api perlahan.

Setelah itu, masukkan gula Melaka, gula, garam dan asam keping.

Masak hingga pekat. Cuba rasa dan tambah apa yang kurang.

Dah siap. Selamat mencuba

Kredit: Noorlaili Zainal

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida