Buat satu adunan dapat donut dan cakoi, senang macam ni. Dapat dua menu untuk minum petang atau makan pagi.

Cara membuat adunan cakoi dan donut ini dikongsi oleh Sal SY, selain itu beliau turut berkongsi cara membuat kaya pandan untuk dimakan bersama cakoi.

Cara buat cakoi & donut guna satu adunan

Buat Satu Adunan Ini, Dapat Cakoi & Donut Gebu

Bahan-bahan:

250 gm tepung high protein / tepung gandum
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla powder
2 sudu besar gula
1 biji telur – jika mahu
1 sudu kecil pelembut cream super – jika mahu
Secubit garam
Air setengah cawan

Cara membuat

1. Sediakan air suam masukkan yis kemudian tunggu hingga berbuih.

2. Apabila sudah berbuih tuang ke dalam bahan kering, gaul sebatikan masukkan marjerin uli hingga doh licin.

3. Perapkan doh (kalau nak cepat boleh masuk doh dalam oven panaskan kejap dan matikan suis. 11 minit saja doh kembang dengan jayanya).

IKLAN

4. Apabila doh kembang boleh mula untuk membuat cakoi. Tabur tepung dan canai doh dengan penggelek. Gelek hingga doh nipis potong doh jadi empat segi.

5. Potong setiap satu panjang dalam 3 inci dan selebar 2 jari.

6. Basahkan jari sapu pada doh ambik satu lagi doh dan tekap dengan doh yang disapu air. Tekan dengan lidi secara memanjang.

Buat Satu Adunan Ini, Dapat Cakoi & Donut Gebu

7. Dah siap kesemuanya dan susun, tunggu kembang sekejap dalam 15 minit.

IKLAN

8. Apabila dah kembang, boleh panaskan minyak. Sebelum masuk dalam minyak pegang doh kedua-dua hujung dan tarik hujung doh kiri dan kanan tarik sikit supaya panjang. Terus goreng hingga kekuningan.

9. Doh yang sama boleh bentukkan jadi donut pula.

Buat Satu Adunan Ini, Dapat Cakoi & Donut Gebu

Cara buat sekaya pandan

Bahan-bahan

3 sudu besar tepung kastad
6 sudu besar gula
1 kuning telur
Air setengah cawan
1 sudu kecil pewarna hijau
1 helai daun pandan

IKLAN

 

Cara membuat:

  1. Masukkan semua dalam blender kisar hingga lumat. Kemudian tapis.

2. Masak atas api perlahan hingga likat.

3. Jika apabila kaya sejuk dan likat sangat masukkan dalam blender dan tambah sedikit air panas. Blend sekali lagi supaya tak pekat dan tak cair sangat. Baru sedap makan.

Buat Satu Adunan Ini, Dapat Cakoi & Donut Gebu

Selamat mencuba

Sumber: Sal SY

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI