Setiap kali bulan Ramadan, akan timbul macam-macam jenis air yang dijual di Bazar Ramadan. Apa kata kali ini anda cuba buat sendiri di rumah dengan resipi Ais Cincau Gula Melaka dan Ais Mangga Susu yang dikongsikan ini. Sangat mudah dan terjamin kebersihannya. Tak payah nak keluar ke bazar hanya kerana air di musim PKP ni.

Buat Sendiri 2 Air ini,  Sah Tak Sabar Minum Berbuka Nanti.

Ads

AIS CINCAU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
1 keping cincau hitam | parut
1000ml susu cair full cream
200gm gula melaka
2 sudu makan gula pasir
1 helai daun pandan simpul
350ml air

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan gula melaka, pandan dan air dalam periuk, renehkan hingga mendidih. Tutup api, tapis dan sejukkan.
  2. Dalam jug campurkan susu cair dan larutan gula melaka, gula pasir.
  3. Kemudian tambah ke dalamnya cincau parut. Kacau
  4. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
  5. Atau masukkan ketulan ais dan hidangkan. Rasa sejuk memberi nikmat hilangkan dahaga.

By @susan_mellyani

Ads

Buat Sendiri 2 Air ini,  Sah Tak Sabar Minum Berbuka Nanti.

AIS MANGGA SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 biji mangga masak ranum | dikisar halus
Nata de coco secukupnya
100ml air gula
Susu pekat manis secukupnya | ikut citarasa
500ml air mineral
Selasih secukupnya | direndam
Ais secukupnya
1 biji mangga potong dadu | untuk hiasan
CARA MEMBUAT:

Ads
  1. Campurkan mangga kisar bersama air, air gula dan susu pekat manis.
  2. Kacau rata sehingga mendapat rasa yang diinginkan.
  3. Sejukkan dalam peti sejuk jika belum sedia dihidangkan.
  4. Jika ingin dihidangkan terus, tuang dalam gelas, kemudian hias dengan hirisan mangga, nata de coco, ais dan selasih di dalamnya.
  5. Sedia dihidangkan dan dinikmati.

@Echi_Raffani

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI