Buat Sendiri 3 Variasi Pai Manis Yang Sedap & Senang.

Share

Penggemar pai pasti dapat membayangkan rasa kulit pai yang rangup dengan pelbagai jenis inti ikut kreativiti si pembuat pai sesuai dengan cita rasa semasa. Anda yang ingin menyediakan sendiri pai, berikut ada 3 jenis resipi pai manis yang mudah disediakan.


.

PAI LIMAU NIPIS
BAHAN CRUST :

  • 200gm biskut Marie atau Digestive
  • 1/4 cawan serbuk serbuk badam
  • 1 sudu makan gula kastor
  • 100gm mentega cair

BAHAN INTI PAI:

  • 4 biji telur
  • 395gm susu pekat manis
  • 160ml whipped cream
  • 5 biji limau nipis | parut kulit dan ambil jusnya.

CARA MEMASAK:
1. Dengan menggunakan food processor, hancurkan biskut .
2. Kemudian masukkan serbuk badam dan gula.
3. Setelah hancur sekata, masukkan mentega cair dan kisar sekali lagi sampai sebati.
4. Tuang dalam acuan pai siz 10inci atau 20cm springform tin , padatkan ke dinding dan dasar acuan.
5. Bakar sekejap dengan suhu 150C selama 10-15 minit atau sehingga sedikit coklat keemasan.
6. Keluarkan curst

dari ketuhar dan sejukkan.
7. Untuk inti: Campurkan semua bahan inti dan whisk sampai gebu dan lembut.
8. kemudian tuang adunan dalam acuan pai.
9. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit
9. Sejukkan, kemudian hiaskan dengan whipped cream dan hirisan limau nipis.
10. Pai sedia dihidangkan.


.

COKLAT MUD PAI
BAHAN CRUST

  • 300gm serbuk biskut Oreo
  • 75gm mentega

INTI MUD PAI:

  • 85gm dark coklat
  • 85gm mentega
  • 2 biji telur
  • 85gm gula kastor
  • 100ml whipped cream

SOS FUDGE:

  • 150gm dark chocolate
  • 150gm whipped cream
  • 3 sudu makan golden sirap
  • 175gm gula asing| diayak

CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan crust hingga sebati, kemudian tuang dan padatkan ke dalam acuan pai.
2. Masukkan acuan pai ke dalam peti sejuk selama 30 minit -1 jam.
3. Untuk sediakan inti: Cairkan mentega dan coklat
4. Pukul telur dan gula sampai kembang.
5. Campurkan adunan telur dengan coklat, kacau perlahan.
6. Seterusnya campurkan pula whipped cream

dan kacau sebati.
7.Tuang ke dalam acuan pai dan bakar dengan suhu 180C selama 40 minit.
8. Untuk sediakan sos: Satukan semua bahan sos dan cairkan, kacau sampai sebati.
9. Tuang di atas ínti mud pai yang telah sejuk tadi.
10.. Masukkan pai dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum sedia dihidang.


.

PAI BANOFIE
BAHAN-BAHAN:

  • Pai Crust
  • Caramel
  • 300 ml whipped cream yang dipukul gebu
  • 2 biji pisang | dipotong bulat
  • 1/2 cawan parutan coklat

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan pai crust, 225gram biskut Marie/digestive dihancurkan dan dicampurkan dengan 120gm mentega yang telah dicairkan.
2. Gaul sebati dan masukkan dalam acuan atau mangkuk casserole dan sejukkan dalam peti sejuk 1 jam.
3. Sementara itu sediakan karamel: Campurkan 3/4 tin susu cair dengan 1 sudu makan mentega.
4. Masak atas api perlahan menggunakan kuali non stick hingga susu bertukar coklat perang.
5. Masukkan whipped cream, kacau sebati. Tutup api dan sejukkan.
6 Tuangkan karamel yang telah sejuk di atas crust.
7. Susun hirisan pisang di atasnya, kemudian lapiskan dengan whipping cream.
8. Akhir sekali taburkan parutan coklat di atas whipped cream dan pai sedia dihidangkan.

Published by
Norasida Mohamad Yasin