putri Ayu

Wauu Puteri Ayu dan bermacam versi, tapi tiga jenis ni memang lagend, ramai yang suka. Versi asli perasa pandan orang lama memang suka, versi coklat, sah-sah anak-anak suka dan red velvet trending katanya. Korang suka yang versi mana satu? Tapi kalau nak cuba ketiga-tiga jenis tak ada masalah, boleh je buat. Resipi ada dikongsikan di sini.

Buat Sendiri 3 Versi Puteri Ayu Yang Senang Ni.

RED VELVET PUTERI AYU
BAHAN-BAHAN:
BAHAN CHEESE:

  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 11/2 sudu makan susu segar
  • Sedikit esen vanilla

BAHAN RED VELVET:
Bahan A:

Ads
  • 250gm tepung gandum
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Bahan B (buttermilk):
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu teh cuka masakan

Bahan C :

  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalete sedikit esen vanilla
  • Bahan D :
  • Pewarna merah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Putar cream cheese hingga licin dan tidak berketul.
  2. Masukkan gula. Putar lagi hingga sebati dan licin.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  4. Masukkan tepung dan susu segar.
  5. Putar sebati dan pastikan adunan licin tidak berketul. Ketepikan.
  6. Campurkan bahan B, kacau rata dan ketepikan.
  7. Sementara itu, ayak bahan A, ketepikan
  8. Satukan Bahan C dan putar dengan kelakukan perlahan selama 5 minit.
  9. Kemudian tukar pada kelajuan tingg hingg adunan menjadi putih dan fluffy (ebih kurang 15 minit, namun bergantung pada mixer).
  10. Masukkan adunan A dan B secara berselang seli ke daam adunan C yang telah kembang tadi.
  11. Putar lagi hingga sebati, kemudian masukkan pewarna merah tadi.
  12. Oles acuan dengan sedikit minyak, letakkan adunan cheese 1/4 acuan, kukus selama 5 minit.
  13. Kemudian masukkan adunan red velvet hingga penuh acuan, kukus selama 15 minit.

Resipi oleh Ain Kamis.

Buat Sendiri 3 Versi Puteri Ayu Yang Senang Ni.

PUTERI AYU CHEESE COKLAT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:

  • 1cawan tepung gandum
  • 1sudu teh baking powder
  • 1sudu teh soda baikarbonat

BAHAN B:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
¾ cawan susu pekat manis
¾ cawan gula pasir
BAHAN C:

  • 3 biji telur ayam |blender hingga berbuih

ADUNAN CHEESE:

Ads
  • 250gm cream cheese
  • 80gm gula kastor
  • 25ml susu cair
  • 40gm tepung gandum
  • 1 biji telur ayam

CARA MEMASAK:

  1. Satu bahan A, ayak dan ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan B dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga gula larut dan adunan sebati.
  3. Masukkan bahan A ke dalam Bahan B sambil diselang seli dengan bahan C. Sebatikan adunan.
  4. Seterusnya sediakan bahan adunan cheese.
  5. Masukkan semua bahan mangkuk pengisar, putar hingga sebati.
  6. Masukkan adunan dalam piping bag, Ketepikan.
  7. Panaskan mengukuks dan balut penutup kukus dengan tuala.
  8. Oleskan acuan dengan minyak, kemudian paipkan adunan cheese lebih kurang 1/4 acuan.
  9. Kukus lebih kurang 3 minit, kemudian tuangkan adunan coklat 3/4 acuan.
  10. Sambung kukus 8-10 minit.


Buat Sendiri 3 Versi Puteri Ayu Yang Senang Ni.

Ads

PUTERI AYU PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum, ayak
  • 300gm gula
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 sudu teh baking powder, ayak
  • 200ml santan pekat | hasil yang diperah menggunakan air pandan
  • Pewarna hijau
  • Setengah biji kelapa putih | gaul dengan garam dan tepung ubi

CARA MEMASAK

  1. Panaskan pengukus.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder bersama.Ketepikan.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak.
  4. Masukkan sedikit kelaa yang digaul dengan tepung ubi dan garam.
  5. Mampatkan di bahagian bawah acuan.
  6. Dalam mangukuk adunan, pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang.
  7. Kemudian masukkan tepung yang diayak dengan baking powder, santan dan perwarna hijau. Kacau rataaaa.
  8. Sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 5-7minit.
  9. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI