Wauu Puteri Ayu dan bermacam versi, tapi tiga jenis ni memang lagend, ramai yang suka. Versi asli perasa pandan orang lama memang suka, versi coklat, sah-sah anak-anak suka dan red velvet trending katanya. Korang suka yang versi mana satu? Tapi kalau nak cuba ketiga-tiga jenis tak ada masalah, boleh je buat. Resipi ada dikongsikan di sini.
RED VELVET PUTERI AYU
BAHAN-BAHAN:
BAHAN CHEESE:
- 250gm cream cheese
- 1/2 cawan gula halus
- 1 biji telur gred A
- 2 sudu makan tepung gandum
- 11/2 sudu makan susu segar
- Sedikit esen vanilla
BAHAN RED VELVET:
Bahan A:
- 250gm tepung gandum
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- Bahan B (buttermilk):
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu teh cuka masakan
Bahan C :
- 3 biji telur gred A
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu kecil ovalete sedikit esen vanilla
- Bahan D :
- Pewarna merah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Putar cream cheese hingga licin dan tidak berketul.
- Masukkan gula. Putar lagi hingga sebati dan licin.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- Masukkan tepung dan susu segar.
- Putar sebati dan pastikan adunan licin tidak berketul. Ketepikan.
- Campurkan bahan B, kacau rata dan ketepikan.
- Sementara itu, ayak bahan A, ketepikan
- Satukan Bahan C dan putar dengan kelakukan perlahan selama 5 minit.
- Kemudian tukar pada kelajuan tingg hingg adunan menjadi putih dan fluffy (ebih kurang 15 minit, namun bergantung pada mixer).
- Masukkan adunan A dan B secara berselang seli ke daam adunan C yang telah kembang tadi.
- Putar lagi hingga sebati, kemudian masukkan pewarna merah tadi.
- Oles acuan dengan sedikit minyak, letakkan adunan cheese 1/4 acuan, kukus selama 5 minit.
- Kemudian masukkan adunan red velvet hingga penuh acuan, kukus selama 15 minit.
Resipi oleh Ain Kamis.
PUTERI AYU CHEESE COKLAT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
- 1cawan tepung gandum
- 1sudu teh baking powder
- 1sudu teh soda baikarbonat
BAHAN B:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
¾ cawan susu pekat manis
¾ cawan gula pasir
BAHAN C: - 3 biji telur ayam |blender hingga berbuih
ADUNAN CHEESE:
- 250gm cream cheese
- 80gm gula kastor
- 25ml susu cair
- 40gm tepung gandum
- 1 biji telur ayam
CARA MEMASAK:
- Satu bahan A, ayak dan ketepikan.
- Masukkan semua bahan B dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga gula larut dan adunan sebati.
- Masukkan bahan A ke dalam Bahan B sambil diselang seli dengan bahan C. Sebatikan adunan.
- Seterusnya sediakan bahan adunan cheese.
- Masukkan semua bahan mangkuk pengisar, putar hingga sebati.
- Masukkan adunan dalam piping bag, Ketepikan.
- Panaskan mengukuks dan balut penutup kukus dengan tuala.
- Oleskan acuan dengan minyak, kemudian paipkan adunan cheese lebih kurang 1/4 acuan.
- Kukus lebih kurang 3 minit, kemudian tuangkan adunan coklat 3/4 acuan.
- Sambung kukus 8-10 minit.
PUTERI AYU PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur gred A
- 2 cawan tepung gandum, ayak
- 300gm gula
- 1 sudu besar ovallate
- 1 sudu teh baking powder, ayak
- 200ml santan pekat | hasil yang diperah menggunakan air pandan
- Pewarna hijau
- Setengah biji kelapa putih | gaul dengan garam dan tepung ubi
CARA MEMASAK
- Panaskan pengukus.
- Sementara itu ayak tepung bersama baking powder bersama.Ketepikan.
- Sapu acuan dengan sedikit minyak masak.
- Masukkan sedikit kelaa yang digaul dengan tepung ubi dan garam.
- Mampatkan di bahagian bawah acuan.
- Dalam mangukuk adunan, pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang.
- Kemudian masukkan tepung yang diayak dengan baking powder, santan dan perwarna hijau. Kacau rataaaa.
- Sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 5-7minit.
- Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.