Buat Sendiri 4 Kudapan Olahan Mi Yang Sedap & Mudah Untuk Bekal Anak.

Share

Masih lagi mood sekolah, mak-mak yang masih mencari menu untuk variasikan bekal anak-anak ke sekolah. Ini ada empat menu gerenti anak-anak suka, selain sedap ia juga berkhasiat dan memberi tenaga kepada anak-anak. Dengan masak sendiri mak-mak tak perlu risau anak beli dan makan apa di sekolah. Jangan lupa cuba 4 menu yang senang masak dan sedap ni.


BEBOLA MI
BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping mi kering | celur dan tos
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
  • 1/2 cawan hirisan daun bayam
  • Sedikit hirisan cili benggala
  • Sedikit potongan dadu lobak merah
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 Sudu teh garam
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng.

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
  2. Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran.
  3. Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
  4. Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
  5. Bulat-bulatkan doh hingga habis.
  6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
  7. Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.


SOSEJ MI GULUNG
BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 biji sosej ayam | potong dua
  • 2 keping mi kering | celur dan tos
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • Lidi satey secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan mi dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa ayam. Gaul rata dan cukup rasa,
  2. Taburkan tepung ubi atas campuran mi dan gaul rata.
  3. Lilitkan mi pada koktel yang telah dicucuk pada lidi satey. Lakukannya hingga habis.
  4. Panaskan minyak, goreng koktel yang telah bersalut mi hingga garing.
  5. Angkat dan toskan minyak.
  6. Setelah siap hidangkan bersama sos kegemaran anda.


POPIA MI KEJU BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping mi kering | celur dan tos
  • 12 keping kulit popia
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan isi ayam dicincang halus
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Sedikit lobak merah | dadu halus
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit garam dan gula
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah kari, kacau sekejap dan masukkan sedikit air.
  3. Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan lobak merah dadu halus.
  4. Terus kacau hingga ayam masak.
  5. Perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api, masukkan mi yang telah dicelur dan gaul rata. Ketepikan.
  7. Ambil kulit popia, bentangkan dan isi inti mi dan letakkan kepingan keju di atasnya.
  8. Kemudian gulung kulit popia dan kemaskan gulungan dengan sedikit air.
  9. Panaskan minyak, setelah minyak panaskan, kecilkan api. Goreng popia hingga kekuningan.
  10. Popia sedia dihidangkan panas-panas dengan sos pencicah yang ada suka.


.

NAGGUT AYAM SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu
  • 1 tiup tauhu Jepun
  • 1 cawan isi ayam | carik halus
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS LEMON

  • 1 sudu makan pati oren Sunquick
  • 1 biji lemon | ambil jus sahaja
  • 1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • 1 sudu teh mentega

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan untuk naggut. Gaul rata.
  2. Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
  3. Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dalam tepung yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian naggut hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  5. Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
  6. Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
  7. Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
  8. Kacau rata hingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
  9. Setelah siap hidangkan nuggat dengan sos lemon.
Published by
Norasida Mohamad Yasin