Buat Sendiri Aiskrim Durian Sedap Hanya Guna 4 Bahan Mudah

Share

Musim durian murah dan banyak ni, macam-macam boleh dihasilkan menggunakan raja buah ni. Salah satu yang anda boleh cuba ialah Aiskrim Durian. Lembut, sedap dan persis aiskrim seumpamanya yang dijual di pasaran tu. Rugi kalau tak cuba resipi perkongsian saudari Uwan Nolly Epin ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sangat ringkas dan mudah disediakan.

 

CARA BUAT AISKRIM DURIAN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:


1 tin susu cair beli online disini
1/2 tin susu pekat – jika kurang suka manis, boleh kurangkan beli online disini
1 sudu makan ovalette beli online disini
Durian secukupnya – anggaran kalau isi yang besar = 6 ulas, durian kecil =10 ulas
Pewarna kuning telur secukupnya ( empunya resipi guna durian isi kuning/udang merah jadi tidak guna pewarna) beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Kisar isi durian, susu cair, susu pekat manis dan ovalette.
2. Bila semua hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam mesin pengadun.
3. Pukul adunan aiskrim selama 20-30 minit atau hingga gebu.


4. Tuang adunan ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk beku.


5. Bila adunan aiskrim sudah keras, bolehlah dinikmati.

Kredit resipi & foto: Uwan Nolly Epin

 

Anda ada tip masakan warisan turun temurun? Jom kongsi dengan kami dan rebut peluang menang wang tunai RM500! Mana tahu rezeki anda kali ini. Jom daftar dan kongsi tip anda sekarang!

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur