Terasa nak makan aiskrim goreng? Kalau nak beli pun, susah jumpa gerai yang jual. Jadi apa kata anda cuba buat sendiri di rumah guna resipi perkongsian saudari Aisyah Azhar ni. Bahan-bahan sangat mudah malah lebih jimat. Boleh makan puas-puas! Jom cuba. Kalau tak habis, boleh juga frozenkan dan nikmati bila-bila masa.
CARA BUAT AISKRIM GORENG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Aiskrim – perisa ikut kegemaran masing-masing
CARA MEMASAK: 1. Ambil sekeping roti dan sudukan aiskrim secukupnya. Letak di tengah-tengah. Ambil sekeping lagi roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.
2. Kemudian ambil cawan atau gelas dan tekap pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi. Jika ada cookies cutter berbentuk bulat pun boleh juga guna.
Ads
3. Hasil roti yang telah ditekap. Jika ada lubang dekat tepi, tekan supaya roti tertutup kemas. Ia bagi mengelakkan aiskrim terkeluar sewaktu digoreng.
4. Simpan aiskrm yang telah ditekap tadi di dalam peti sejuk beku paling minimun 1 jam. Lebih lama lagi bagus.
5. Untuk menggoreng, panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan tunggu hingga minyak betul-betul panas. 6. Masukkan aiskrim roti dan goreng hingga keperangan. Balikkan dengan pantas kerana roti cepat garing.
Rasa masam, manis, pedas & lemak akan tambahkan selera makan anda. Terung yang dibakar dan digaul dengan air asam berlemak santan pekat.Fuhh ngam terukk..selamat mencuba!
TERUNG BAKAQ AYAQ ASAM
BAHAN-BAHAN:
Terung (bakar)
2 biji cili padi
2 biji cili besar
Belacan (tumbuk kasar)
Santan
Perahan limau
Garam gula
Bawang besar-di mayang
Cili padi-potong
CARA MEMASAK:
Bakar terung (terbakar hitam itu yang buat lagi sedap)
Cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk kasar.
Masukkan bahan tumbuk dalam mangkuk kecil.
Selepas itu masukkan terung, santan, bawang besar, cili padi potong dan perahan limau. Gaul hingga sebati.
Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.
Bila rasa sudah sedap boleh makan dengan nasi panas.
Anda hanya ada masa 30 minit nak sediakan hidangan makan malam atau tengahari tapi tak tahu nak masak lauk apa yang ringkas, mudah dan tak guna banyak bahan tapi hasilnya sedap. Jangan bimbang, ini RASA kongsikan empat menu tak sampai 15 minit siap, dua ayam dan dua lagi daging. Sambil tunggu nasi masak, bolehlah sediakan lauk dan sayurnya.
RASA gerenti anak-anak mahupun suami akan minta anda masak lagi menu ringkas ini. Kalau tak sempat hari ni simpan resipi dan cuba bila ada kesempatan.
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
300gm daging | hiris nipis
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
1 sudu makan sos tiram
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
CARA MEMASAK:
Sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan pula hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Hirisan:
1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
4ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | hiris
3cm halia muda | hiris halus
Bahan Lain:
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh perasa ayam
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, kemudian tutup api.
Sedia dihidangkan.
AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian perasakan dengan garam, gula
Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
Bosan asyik buat cucur biasa yang ada bawang dengan ikan bilis je, anak-anak pun mesti dah bosan, apa kata cuba resipi dari Cik Dayang Zuhaila ni untuk minum petang nanti gerenti habis licin cucur ketam crispy ni. Tak perlu sediakan bahan yang mahal pun, semua bahannya mudah didapati di semua kedai runcit ataupun pasaraya. Haa jomlah cuba resipi cucur ni.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!