Jom buat aiskrim kon ala Cornetto secara homemade. Biasanya kalau aiskrim homemade ni, kita buat dalam bekas sahaja. Kali ni, kita buat aiskrim secara DIY tetapi dalam versi seakan aiskrim yang dibeli di kedai. Nampak sedap dan macam yang dibeli di kedai kan? Saudari Asha Zainudin ada kongsikan resipi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Kertas pembalut makanan**sukatan ini boleh dapat 15 batang aiskrim
CARA MEMASAK:
1. Cairkan coklat menggunakan teknik ‘double boil’. Pada masa yang sama, cincang kacang dan kerat coklat kitkat menjadi dua.
2. Lipat kertas pembalut makanan menjadi dua. Potong. Pastikan bahagian licin berada di dalam. Kemudian buat kelongsong macam dalam gambar sebelah kiri. Masukkan kon aiskrim di dalamnya dan kemaskan. Letak ‘double sided tape’ di bahagian dalam bawah dan atas.
Ads
3. Kelonsong yang dah siap dan lepas di trim. Tegakkan dalam cawan atau apa-apa bekas yang sesuai.
4. Pukul heavy cream sampai soft peak. Lagi senang, lepas baru keluar dari peti sejuk tu terus pukul. Bila dah soft peak, masuk susu dan pukul rata. Saya bahagikan adunan kepada dua. Satu milo, satu strawberi. Kaup balikkan sahaja.
5. Dalam kon yang dah bersarung tadi,tuang 1/2 sudu makan coklat cair. B Lepas tu tuang adunan aiskrim. Bekukan 4 jam. Kalau nak letak kitkat, lepas bekukan 2 jam, keluarkan dari peti dan cucuk kitkat tengah-tengah. Kemudian bekukan balik.
6. Selepas 4 jam, tuang 1 sudu besar coklat cair yang dah sejuk (alihkan bekas dari wap air panas) & ketuk perlahan-lahan untuk ratakan coklat. Tabur kacang cincang. Kena buat cepat-cepat ya. Kemudian bekukan kembali selama 2 jam atau hingga aiskrim set.
7. Hasil selepas 6 jam dibekukan. Sedia untuk dinikmati.
Resipi Belebat Ubi Keledek Oren Ungu perkongsian opah Mas Cotek ni memang terbaik. Melihat gambarnya sahaja sudah dapat membayangkan rasanya yang sedap dan membuka selera. Bagi anda yang dah lama tak makan kuih tradisional, resipi ni tentunya perlu dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK BELEBAT UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1 ketul ubi keledek oren (anggaran 200gm)
1 ketul ubi keledek ungu (anggaran 200gm)
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
4 cawan santan
1/2 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya untuk membungkus (ukuran daun guna 4×6″)
CARA MEMASAK: 1. Ubi keledek dibersihkan, dipotong dadu kemudian dikukus sehingga empuk.
2. Satukan tepung beras, santan, gula dan garam. Kacau sebati. Guna api perlahan, masak adunan sehingga pekat dan berkilat. 3. Padamkan api dan masukkan keledek. Angkat dan ketepikan adunan.
4. Sediakan daun pisang, sudukan 2 sudu makan adunan belebat, bungkus dan kemaskan.
5. Susun bungkusan Belebat Ubi dalam periuk dan kukus selama 10 minit menggunakan api perlahan.
6. Angkat kuih dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
Kacang Goreng homemade ni memang sangat mudah nak buat. Malah kudap-kudap sedap ni tak guna banyak bahan. Kalau nikmati sambil tonton TV, memang ralit. Sekejap je dah habis satu balang. Kos nya pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari E-cah Katman ni. Anak-anak dan suami pasti suka.
KACANG TANAH GORENG
BAHAN-BAHAN:
Kacang tanah besar
Bawang putih – hiris
Halia – hiris
Serbuk nasi goreng
Air secukupnya
Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.
3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.
4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.
Sedapnya Biskut Snow Almond ni. Anda dah mula tercari-cari resipi bisktu raya? Maklumlah, Hari Raya Aidilfitri pun bakal menjelang tiba. Salah satu biskut popular yang boleh dicuba adalah Biskut Snow Almond perkongsian saudari Puan Eha. Mudah buat dan rasanya sedap. Selamat mencuba!