Siapa je yang tak suka aiskrim kan? Lagi-lagi kanak-kanak yang memang suka aiskrim mewah ala magnum ni.
Kalau nak beli hari-hari, boleh tahan juga harganya. Sebenarnya, mudah je nak buat aiskrim mewah homemade ala magnum ni. Boleh ikut resipi dan langkah yang dikongsi Riena Eris ni.
AISKRIM MEWAH HOMEMADE ALA MAGNUM
BAHAN-BAHAN:
½ kotak dairy whipping cream Susu pekat manis (ikut suka nak guna banyak mana, kalau tak nak manis, boleh kurangkan) – beli online di sini Coklat masakan (panaskan secara double boiler) Almond nibs (sangai atau bakar) Acuan silicon aiskrim (boleh beli di shopee)
1. Mula-mula, tuangkan susu pekat. Kalau nak manis boleh letak lebih. Tiada sukatan tertentu sebab bergantung kepada tahap kemanisan yang diinginkan.
2. Tuangkan separuh kotak dairy milk whipping cream. Kalau nak habiskan satu kotak pun boleh. Rasa dia lemak-lemak tapi tawar. Kalau nak pakai non dairy whipping cream tapi bezalah sikit rasanya.
3. Kacau-kacau adunan tadi sehingga sebati. Rasakan sama ada dah manis ke belum. Boleh kacau guna sudu je, tak perlu guna mixer sebab tekstur whipping cream ni memang ringan dan gebu bila dah jadi aiskrim.
4. Adunan tadi terus tuang ke dalam acuan silikon aiskrim. Pastikan tinggal ruang sikit sebab nanti bila beku, dia mengembang sedikit. Pastikan dah letak batang aiskrim ye.
5. Bila dah siap, letak penutupnya dan terus masuk peti ais dan biarkan beku semalaman. Atau boleh bekukan lebih kurang 8 hingga 10 jam, supaya nanti senang nak coating coklat. 6. Coklat masakan tadi kite double boiler kan, tapi saya beli yang dah siap, senang terus celup je. Saya beli berryls gourmet dark coklat. Kalau nak pakai milk coklat pun bagus sebab dia nipis berbanding dark choc lebih tebal. Terpulang selera masing-masing.
7. Lepas dah beku, keluarkan dari acuan. Senang sangat nak kuarkan pakai acuan silicone ni. 8. Terus celupkan aiskrim ke dalam coklat yang sudah dicairkan tadi. Kemudian, bila angkat cepat-cepat taburkan badam nibs yang sudah disangai kerana coklat ni cepat beku.
9. Bila dah tabur badam, kemudian masukkan aiskrim dalam peti sejuk lebih kurang 15-30 minit bagi coklat betul-betul beku. Untuk 1 kotak dairy whipping cream tu, boleh dapat dalam 20 batang aiskrim.
Ads
*tapi kalau nak lagi jimat, campurkan dengan susu uht sekotak besar lagi banyak dapat memang berbaloi. *kalau nak cantik lagi boleh je sprinkle dengan fancy choc rice, drizzle dengan white chocolate, terpulang ikut kreativiti masing-masing.
Sedapnya Kuih Bakar Kemboja ni. Tekstur kuih yang garing dan lemak-lemak manis, memang kena dengan selera. Dapat pula makan kuih yang baru masak, aduhai…memang terbaik. Nak cuba buat sendiri secara homemade? Resipi perkongsian saudari Noriza Zainal Abidin ni antara yang mudah. Paling best, boleh buat dalam saiz mini dan bakar guna dapur gas & air fryer je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Air fryer ni boleh dikatakan barang wajib yang perlu ada didapur, demi memudah & menjimatkan masa untuk memasak. Boleh juga survey brand Khind 3.5L Air Fryer recommended tau.
RESIPI KUIH BAKAR KEMBOJA MASAK GUNA DAPUR GAS & AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
130gm tepung gandum
160gm gula pasir
2 biji telur
1 kotak santan
1/4 sudu teh garam
1/8 sudu teh pewarna hijau
200gm air pandan – kisar daun pandan bersama air. Tapis.
Bijan untuk hiasan secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar. 2. Kisar hingga sebati dan tidak berketul. 3. Untuk memasak Kuih Bakar Kemboja, ada dua cara. Pertama ialah dengan menggunakan dapur gas. 4. Caranya ialah ambil acuan bahulu atau cara, letak atas dapur. Panaskan api kecil dan sapu minyak pada acuan. 5. Tuang adunan dan tabur bijan dengan secukupnya. 6. Tutup acuan supaya bahagian atas kuih cepat masak. 7. Kedua ialah dengan menggunakan Air Fryer. Tuang adunan hingga separuh cawan kertas. Tabur bijan. 8. Masukkan acuan ke dalam Air Fryer dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Menu kerabu sangat sesuai dipadankan dengan lauk-lauk kampung dan menjadi pembuka selera.Bahan- bahan yang digunakan ringkas dan mudah didapati.Sesekali makan menu kampung begini memang menambah nasi.
KERABU NANGKA MUDA
Bahan-bahan:
Nangka muda (direbus hingga empuk dan lembut)
5 ekor ikan kembong (dibakar dan ambil isinya)
1/2 biji kelapa parut(disangai hingga garing kekuningan,kemudian ditumbuk halus)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar lada hitam
2 batang serai(dihiris nipis)
2 batang bunga kantan (dimayang nipis)
1 kotak santan pekat
(Direneh atas api hingga mendidih supaya kerabu tahan lama)
2 biji limau nipis(diperah ambil jusnya)
5 biji cili padi( dipotong nipis)
Garam gula secukup rasa
Perasa
Cara membuat:
1.Mula-mula tumbuk lada hitam,bawang merah,serai dan putih serta ikan bakar hingga lumat.
2.Kemudian tumbuk kelapa hingga halus.
3.Mayang nipis bunga kantan,nangka yang direbus hingga lembut ditoskan.
4.Didihkan santan.
5.Kemudian satukan semua bahan.
6.Tambah garam gula dan perasa.
7.Akhir sekali masukkan santan pekat.
8.Gaulkan semua sekali bahan hingga sebati.
9.Boleh taburkan cili padi yang dipotong dan perah asam limau supaya kerabu berasa lemak,masam,pedas,cukup rasa.
10.Siap untuk dihidang.
KERABU MANGGA
Bahan-bahan:
2 biji mangga muda( disagat)
1 biji bawang Holland ( dihiris nipis)
2 batang serai( ambil bahagian dalam dihiris nipis)
2 biji cili merah besar dan 5 biji cili padi( dihiris nipis)
2 biji limau nipis( diperah dan ambil jusnya)
3 tangkai bunga kantan (dimayang)
1 biji tomato ( dihiris nipis)
Bilis goreng ( optional)
Daun ketumbar( optional)
Garam, gula, perasa
2 sudu besar sos ikan
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan no 1 hingga no. 7 di atas, gaul rata.
2.Kemudian taburkan garam gula dan perasa.
3.Taburkan bilis goreng dan daun ketumbar serta perah limau nipis.
4.Siap untuk dihidang.
KERABU JANTUNG PISANG
Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang (dipotong dan direndam air garam kemudian direbus hingga empuk. Masukkan asam keping ketika merebus)
2 cawan kelapa parut muda
3 ekor ikan selayang (dibakar atau rebus dan diambil isi)
1 genggam ikan bilis( digoreng ranggup)
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 batang serai ditumbuk halus
5 biji cili padi (dihiris nipis)
1 biji limau nipis
Garam, gula secukup rasa
Perasa
3 urat kacang panjang (dipotong kecil)
Cara membuat:
1.Tumbuk lada hitam hingga lumat diikuti oleh bawang merah dan putih.
2.Ambil isi ikan dan tumbuk sekali.Ketepikan.
3.Panaskan kuali.Masukkan kelapa parut tadi.Goreng hingga airnya kering.Jangan sampai bertukar warna.
4.Kemudian ambil satu bekas atau mangkuk masukkan isi ikan yang ditumbuk bersama bawang tadi.
5.Kelapa gaul bagi rata dan sebati.
6.Kacau,kemudian masukkan jantung pisang yang direbus tadi.
7.Gaul bagi sebati.
8.Masukkan garam & gula.
9.Hidangkan dalam mangkuk.Taburkan cili padi dan perah limau nipis.
10.Siap untuk dimakan.
Kredit: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Wauu sedapnya ketam atau udang goreng telur masin, tapi yang sepoinya bila makanan ini sejuk ada sedikit bau hanyir. Bagaimana mengatasi masalah ini? Jangan bimbang ada cara membuat campuran telur masin ini lebih sedap, tidak hanyir dan rasanya lebih creamy. Paling utama pastikan bahan-bahan yang digunakan adalah segar dan dalam keadaan baik.
Untuk lebih mudah, jom tengok apa bahan utama untuk membuat sos telur masin sebelum digaulkan dengan ayam, ketam, udang atau sotong yang telah digoreng:-
4 kuning telur asin | hancurkan
2 sudu makan susu full cream
2 ulas bawang putih | dititik dan cincang
1 sudu makan mentega
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1/2 sudu teh garam
3 biji cili padi | hriis halus
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
Tumis bahan hingga wangi
Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan daun kari, aroma daun kari mengatasi bau hanyir telur masin. Kemudian masukkan hirisan cili, garam dan serbuk pati ayam. Kacau rata.
Tumis hingga berbuih
Selepas tumisan harum, masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan, masak dengan api kecil dan kacau rata hingga berbuih .Cara ini akan menjadikan teksturnya lebih lembut dan creamy.
Tuangkan susu full cream
Inilah rahsia yang menjadikan tekstur sos telur masin lebih creamy. Dengan menambahkan susu full cream, kemudian kacau rata dan sesuaikan dengan kepekatan sos yang anda perlukan. Terlebih pekat boleh tambah susu atau sedikit air suam. Setelah siap bolehlah masukkan bahan campurannya yang siap digoreng seperti ayam, ketam, udang atau sotong.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!