Kalau ada banyak buah-buahan di dapur jangan risau tak termakan, sebab ini ada idea yang korang boleh manfaatkan buah-buahan tersebut menjadi Aiskrim Pops yang dah tentu anak-anak suka dan tak sabar tunggu aiskrim siap. Bila aiskrim menjadi siap dengan warna-warni dan pelbagai perisa buah-bauahan, mesti korang rasa macam tak percaya boleh buat aiskrim sendiri. Dah tentu-tentunya dijamin bersih dan jimat. Berikut RASA kongsikan tujuh resipi aiskrim pop yang boleh dicuba.
WATERMELON LEMONADE POPS
BAHAN-BAHAN:
- 1/3 gelas air
- 1/3 gula
- ½ cawan jus lemon segar
- 3 cawan buah tembikai | potong dadu
CARA MEMBUAT:
- Masukkan gula dan air dalam blender dan biarkan lima minit untuk mencairkan gula.
- Kemudian masukkan buah tembikai dan jus lemon.
- Kisar hingga hancur dan sebati.
- Tapiskannya, kemudian tuangkan air jus yang telah ditapis ke dalam acuan aiskrim pop.
- Letakkan tangkai aiskrim, kemudian bekukan semalaman sebelum sedia dihidangkan.
CHOCO BANANA POPS
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan krim
- 2 sudu makan gula
- 1/2 cawan pisang masak | kisar
- 60gm coklat susu | potong dadu
CARA MEMBUAT:
- Dalam periuk kecil panaskan krim bersama gula atas api sederhana.
- Kacau hingga adunan panas dan berwap (tetapi tidak sampai mendidih).
- Tutup api dan tambahkan coklat dan biarkan 15 minit.
- Seterusnya campurkan pisang dalam adunan, gaul rata.
- Tuangkan adunan aiskrim dalam acuan aiskrim pop dan letakkan tangkainya sekali.
- Bekukan semalaman sebelum sedia dihidangkan.
STRAWBERRY BUTTERMILK POPS
BAHANA-BAHAN:
- 1/4 cawan gula
- 1/4 cawab gula
- 1 cawan strawberi segar | potong dadu
- 1/2 cawan buttermilk
CARA MEMBUAT:
- Masukkan air dan gula dalam blender dan biarkan lima minit, untuk menghancurkan gula.
- Tambahkan strawberi dan buttermilk, kisar hingga halus.
- Kemudian tuangkan dalam acuan pop dan letakkan tangkai sekali.
- Bekukan semalaman di dalam freezer sebelum sedia dihidangkan.
MANGO SPICE POPS
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
- 2 biji mangga, kupas dan cincang (hasilnya 1 1/2 cawan)
- 1/2 sudu teh serbuk cili
- 2/3 cawan air limau nipis
CARA MEMBUAT:
- Masukkan gula dan air dalam blender dan biarkan lima minit, untuk melarutkan gula.
- Tambahkan mangga, air limau nipis serbuk cili ke dalam blender.
- Kisar hingga halus dan sebati.
- Tuangkan dalam acuan, dan letakkan tangkai dan bekukan dalam freezer semalaman sebelum sedia dihidangkan.
PINA COLADA POP
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan nanas segar | dadu kecil
- 1/4 cawan air limau nipis
- 1cawan santan
CARA MEMBUAT:
- Masukkan nanas, santan dan air limau nipis dalam blender.
- Kisar hingga halus dan sebati.
- Tuangkan dalam acuan aiskrim dan letakkan tangkainya sekali.
- Bekukan dalam freezer semalaman sebelum sedia dihidangkan.