Aiskrim Vanilla ni sangat mudah disediakan. Rasanya yang lembut, wangi dan bertekstur halus bila dimakan. Persis aiskrim yang dibeli di kedai. Adanya resipi ni, anda sendiri boleh hasilkan Aiskrim Vanilla yang sedap untuk anak-anak. Hanya guna 4 bahan yang sangat mudah dan murah. Semua orang boleh mencuba dan dijamin menjadi. Jom lihat resipi perkongsian saudari Cik Puan Lily. Bolehlah anda semua cuba nanti.
RESIPI AISKRIM VANILLA HOMEMADE YANG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair – beli online disini
2 sudu makan susu pekat @ ikut kemanisan yang disukai – beli online disini
1 penutup esen vanilla – beli online disini
2 sudu makan ovalette – beli online disini
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan dalam bekas.
2. Kisar @ pukul bahan-bahan tadi selama 5-10 minit sehingga kembang adunannya. Jika tiada mesin pengadun (mixer), boleh guna blender sahaja.
3. Tuang adunan tadi ke dalam bekas yang bersesuaian.
4. Tutup bekas dan bekukan aiskrim dalam peti sejuk beku.
NOTA:
Kredit resipi & foto: Cik Puan Lily
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official