Selalunya, bila pergi nasi kerabu di kedai orang Kelantan, memang menyelerakan sungguh bau ayam madu sira.
Lagi-lagi bila ayam tu tengah dibakar, fuhh memang menggoda sungguh.
Nah, sekarang ni boleh buat sendiri di rumah ayam madu sira dengan resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ni.
Kalaulah peniaga nasi bungkus ikut resipi di bawah mesti pelanggan tengok cepat tergoda.
Kalau jual nasi kerabu, tukar lauk ayam goreng berempah atau ayam bakar warna kuning kepada maroon cantik ini, mesti sambutannya tinggi.
AYAM MADU SIRA JELITA
BAHAN-BAHAN:
3-4 ketul ayam | dibersihkan dan dikelar/dicucuk
CARA MEMBUAT:
1. Tuang 1 ½ sudu besar serbuk rempah ayam madu cikgu afy ke atas ayam.
2. Tambah 1-2 titik sahaja kicap. Jangan lebih untuk kuantiti ayam yang diberikan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Penambahan kicap ini untuk menghasilkan warna maroon ayam madu yang cantik. Gaul rata.
4. Seterusnya pindah masuk dalam periuk. Saya buat cara rebus dulu sebab nak dapatkan warna yang cantik tadi. Tak payah perap pun kalau guna kaedah ni.
5. Saya tambah lagi ¾ sudu besar rempah ayam madu cikgu afy sebab nak tambah air pula selepas ini.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Rebus kira-kira 10 hingga 15 minit dalam api kecil. Balik-balikkan untuk kedua bahagian.
7. Ayam siap direbus separa masak. Air yang terhasil tu jangan buang ya.
8. Goreng dulu ayam yang direbus tadi. Tak perlu lama sebab ayam dah masak separa.
9. Nampak tak beza warnanya (tengok gambar). Kalau digoreng tanpa direbus dulu, warna ayam tidak merah menyerlah sebab masa gorengan yang lama.
10. Ataupun lepas goreng tak sira balik, warnanya pun jadi kurang cantik juga.
BAHAN BUAT KUAH SIRA AYAM:
Kuah lebihan rebusan ayam
1 sudu besar rempah ayam madu cikgu afy
1 senduk kecil minyak goreng ayam
½ sudu besar gula perang – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
2. Kacau rata seketika dalam api perlahan.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balikkan bagi sebati dan siap.
4. Atau kalau nak bau ‘smokey’ macam ayam madu bakar, letak pelapik macam saya tu atas api gas (tengok gambar). Susun ayam. Buka api tak sampai seminit. Jangan lama-lama. Siap!
Kredit resipi: Afy AL Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: