Kenapa nak beli kalau boleh buat sendiri ayam percik ini, walaupun ada pelbagai versi ayam percik, tetapi versi pasar malam ni memang kau-kau rasanya dan sangat mudah disediakan yang penting bahan perapan dan kuah percik, hasilnya pasti mantap. Anda yang takda resipi sediri, ikut je resipi yang dikongsikan ini.
AYAM PERCIK ALA PASAR MALAM
1 ekor ayam| potong 8 atau 12 dan cuci bersih
4-5 tangkai cili kering | kisar
1 biji bawang besar | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
3cm kunyit hidup | kisar
1 sudu makan ketumbar | kisar
1 sudu teh jintan manis | kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KUAH:
5-6 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
Sos cili secukupnya
Gula Melaka & gula pasir secukupnya
1 sudu makan tepung jagung
CARA MEMBUAT:
- Bawang merah, putih, halia, kunyit dan cili dikisar sekali.
- Ketumbar dan jintan manis dikisar kering.
- Dua bahan ini diletakkan dalam kuali dan tumis tanpa minyak, tambahkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ayam dan masak sehingga ayam separuh masak.
- Kemudian ayam pemanggang dan renjiskan minyak masak dengan serai titik.
- Panggang atau bakar dalam ketuhara dengan suhu 200C selama 15 minit, atau suhu 180C dengan masa 20 minit. Apapun bergantung kepada ketuhar masing2.
- Untuk kuah: Cili kering dan bawang putih dikisar.
- Panaskan kuali atau periuk, masukkan bahan kisar dan sedikit air. Hidupkan api sederhana dan kacau rata hingga cili masak.
- Masukkan gula melaka, gula pasir dan sos cili serta tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau hingga kuah pekat, perasakan dengan garam dan gula secukupnya, jika suka boleh taburkan bijan ke dalamnya.
- Tuahkan kuah atas ayam yang dipanggang tadi dan sedia dihidangkan.
kredit resepi: SuiSan Aliezsha
DAPUR RESIPI PIKAT SELERA