Buat Sendiri Bebola Ikan Yang Mudah Tanpa Tepung.

Share

Bebola ikan bukan hanya dijadikan pelengkap dalam masakan malahan enak juga bila dibuat sup. Bila mulut terasa ingin menikmati sup, maka sup bebola ikan antara yang mudah disediakan. Biasanya kita membeli bebola ikan di kedai, apa kata membuatnya dengan cita rasa sendiri.

BAHAN BEBOLA IKAN:

  • 1 kg ikan tenggiri | dicincang
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan serbuk lada putih
  • 1 sudu teh garam

BAHAN LAIN:

  • Air berais secukupnya
  • Air untuk merebus secukupnya

CARA MEMASAK:

1.  Gaul isi ikan yang dicincang bersama garam, gula dan serbuk lada putih. Ulikan sebati.

2.  Ambil adunan, bulat-bulatkan dan sejukkan seketika. Pada masa yang sama, didihkan air untuk merebus.

3.  Bulatkan adunan isi ikan dan rebus dengan air sederhana panas.

4.  Angkat dan rendam dalam air sejuk berais seketika. Toskan dan boleh disimpan dalam peti sejuk.

5.   Air rebusan bebola ikan boleh digunakan untuk memasak sup dan sebagainya.

Nota: Bebola ikan yang dihasilkan boleh dimakan begitu sahaja dan tidak sekenyal yang dijual di pasaran.

Kredit resipi & gambar: Neo Specialities  via MAHN

Published by
Putri