Biskut cream crackers ini kalau cicah dengan air teh o, kopi o memang sedap. Boleh layan berkeping-keping. Biskut ini juga sebenarnya boleh kita buat sendiri.
Kelebihan bila buat sendiri biskut cream crackers ini kita boleh ikut citarasa. Nak makin atau kurang, ataupun buat makin berlemak rasanya pun boleh. Teksturnya tetap rangup dan sedap.
Kalau nak cuba boleh guna resipi perkongsian AJ Idris ini.
1 cawan tepung gandum,
1 sudu besar tepung jagung,
2 sudu besar mentega (jangan guna minyak),
2 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayuran,
1 sudu kecil gula
Secubit garam,
1/4 cawan susu penuh krim (boleh guna air kosong, tapi hasilnya kurang berlemak)
1. Campurkan semua bahan, uli sampai jadi doh. Susu mungkin tak perlu guna semua, agak-agak dah elok jadi doh sudah ya.
2. Canaikan sampai nipis, bahagikan seberapa banyak yang boleh. Adunan ini boleh dapat 18 keping. Cucuk dengan garfu macam dalam gambar.
3. Bakar pada suhu 150° darjah lebih kurang 10-15 minit. Kalau nak rasa tambah berlemak, sapukan butter cair tapi jika ikut resepi ini saja pun dah sedap.
4. Selepas masak, biarkan sejuk sejuk. Boleh cicah dengan teh, kopi, coklat panas. Makan begitu saja pun dah sedap.
Sumber: AJ Idris