Botok-botok antara menu klasik masyarakat Johor. Selalunya orang Jawa yang suka makan Botok-Botok tapi kini sudah jadi hidangan kegemaran semua tanpa mengira bangsa. Membuat Botok-Botok ini tidaklah sesusah mana pun. Jomlah kita cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Norfazida Gda ini.
RESIPI BOTOK-BOTOK
BAHAN SAMBAL:
2 senduk cili kering*-BELI ONLINE 1 biji bawang besar * 3 biji bawang merah*-BELI ONLINE 5 ulas bawang putih*-BELI ONLINE 1 inci halia*-BELI ONLINE 1 inci lengkuas*-BELI ONLINE 2 inci kunyit hidup*-BELI ONLINE 4 batang serai* 2-3 sudu besar air asam jawa-BELI ONLINE 2 sudu besar serbuk kari 2 sudu besar kerisik 100 ml santan pekat (boleh lebihkan) Air secukupnya Gula merah Garam
BAHAN UTAMA:
Ikan tenggiri atau tongkol, ikan pari, ikan kembung atau udang Pucuk ubi Pucuk mengkudu Pucuk betik Daun kunyit Daun kaduk Ulam-ulam lain yang sesuai Daun pisang atau aluminium foil
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Kisar bahan yang bertanda *hingga sebati. Tumiskan sehingga pecah minyak. Masukkan serbuk kari dan masak sehingga sedikit kering.
2. Masukkan kerisik dan air asam jawa. Tumiskan lagi. Tambah santan, air gula merah, dan garam secukup rasa. Kacau sebati hingga mendidih. Tutup api.
3. Di atas sekeping daun pisang atau aluminium foil, letakkan ulam-ulaman, kemudian letakkan sambal. Akhir sekali letakkan ikan atau udang.
4. Bungkus dengan rapi. Boleh cucukkan dengan lidi untuk lebih kemas.
Ads
5. Kukus sehingga 20-30 minit mengikut saiz bungkusan. Siap untuk dihidangkan.
Mendapat lebih ribuan lebih share dan like yang tinggi, rupanya resipi air tangan Mat Sabu, Menteri Pertahanan sememangnya dicari-cari oleh netizan dan peminatnya selepas viral gambar Mat Sabu sedang memasak gulai ikan untuk tetamunya. Apa yang lebih menarik resipi ini di tulis sendiri oleh Mat Sabu untuk peminatnya, terharu kan. Nampak pun sedap, selamat mencuba!
Yahooo…dapat juga resepi gulai ikan YB Mat Sabu. Lepas tengok video Lim Guan Eng kata dia suka gulai ikan Mat Sabu hari tu, saya kata dalam hati, best ni kalau dapat resepi.
YB Mat Sabu pula orang Penang, sure sedap gila gulai dia. Saya post kat sini kelmarin tanya ada sesiapa yang rapat dengan YB. Saya nak resepi kari tu.
Alhamdulillah, sehari lepas tu Mamazieza Azizah Hassan Wasap saya resepi tulisan tangan Menteri Pertahanan kita tu.
Fuhhh…hari ni saya try. Lebih kurang sama dengan resepi yang biasa saya buat. Tak guna santan. Cuma air asam jawa. Bezanya, YB letakkan hirisan bawang besar selepas rempah garing. Ini akan menjadikan kuah lebih pekat dan sedap.
Okeh ini resepi kari YB yang saya buat balik. Saya guna ikan kerapu.- Ujar Zalina
RESIPI GULAI IKAN MAT SABU
BAHAN-BAHAN:
Ikan kerapu / jenahak / gerut / merah / siakap | siang dan basuh bersih
2 paket rempah kari ikan babas pedas / tak pedas pon ok | bancuh dengan air
5 ulas bawang putih | hiris
6 ulas bawang merah| hiris @ tumbuk
2 biji bawang besar | potong nipis
Air asam jawa
*terung / bendi/ tomato sebagai hiasan
BAHAN TUMIS:
Jintan putih
halba
Biji sawi
Daun kari
Hirisan bawang putih dan bawang merah.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan bahan tumis sehingga wangi
Masukkan rempah kari ikan babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.
Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.
Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu asam jawa + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)
Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan garam dan perasa ikan bilis Norr..Siappp.
Selalu sardin dalam tin kita buat sambal saja, ia juga boleh dibuat masak lemak cili api. Ada yang dah biasa memasaknya untuk hidangan keluarga tapi mungkin ramai belum pernah rasa keenakan sardin tin masak lemak cili ini.
Atiqah Sulaiman salah seorang daripadanya. Kata beliau selama ini dia hanya mendengar rakan menyediakannya namun setelah mencuba, ternyata lauk ini tersangatlah sedap lebih-lebih lagi kalau dibuat pedas. Beliau turut berkongsi resipinya bagi yang mahu cuba memasaknya kali pertama.
Sardin tin buat masak lemak cili padi
Bahan kisar
Kunyit hidup
Cili api (letak lebih jika suka pedas menyengat)
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan lain
1 tin sardin sos tomato
Kentang – dipotong
Kacang panjang -dipotong
1 batang serai diketuk
Santan secukupnya
Cara membuat
1. Dalam periuk atau kuali tuang sedikit air dan letak bahan kisar
2. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk.
3. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
4. Kemudian bolehlah masukkan sardin tin bersama sosnya sekali.
5. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa, dan kacau.
6. Akhir sekali masukkan kacang panjang. Biarkan dalam dua minit dah boleh tutup api.
INFO: Masak lemak cili api asli Negeri Sembilan tak menggunakan bawang. Hanya gunakan cili api dan kunyit.
Selain goreng dan gulai, ikan Kerisi sedap juga dimasak pindang, ia lebih mudah, sihat dan cepat dimasak. Sesuai sangat dengan mak-mak yang sibuk dan kena dengan cuaca panas sekarang ni, hirup kuah masam-masam pedas menang sedap.
PINDANG IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.