Ada yang rindu resipi masakan cina seperti Chee Cheong Fun tak? PKP ni nak ke mana pun tak boleh. Jadi kita kenalah buat sendiri. Ikut langkah yang dikongsi oleh Norfazida Gda gerenti jadi. Siapa yang ada pengalaman melaksam, tak la rasa susah dan lebih lancar.Memang ringkas dan sedap di makan.
CHEE CHEONG FUN atau RICE NOODLE ROLL Bahan kulit: 2 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung ubi 2 sudu besar tepung jagung 3 sudu besar minyak masak 2 cubit garam Air secukupnya Daun bawang (didadu)
Cara membuat: 1.Campurkan semua bahan, bancuh sebati. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. 2.Sapukan minyak pada tudung periuk/ loyang/ pinggan. Letakkan 4 sudu adunan dan ratakan. 3.Kukus seperti membuat kuih laksam selama 1-2 minit. Bila sudah masak, letakkan inti dan gulungkan.
Bahan inti: 1 biji lobak merah (disagat) 1/2 biji sengkuang (disagat) 3 biji bawang merah (diracik) 2 ulas bawang putih (diracik) 3 sudu besar udang kering (tumbuk kasar) 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis
Ads
Cara memasak: 1.Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing. 2.Masukkan udang kering. 3.Kemudian masukkan sos tiram dan kicap sambil dikacau. 4.Akhir sekali masukkan lobak merah dan sengkuang. Masak hingga sekata.
Bahan kuah: 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili ½ sudu besar gula perang/pasir Minyak bijan (saya tak letak) 1/2 cawan air Bijan
Ads
Cara memasak: 1.Masak semua bahan hingga mendidih. 2.Tuangkan ke dalam bekas. Taburkan bijan. 3.Boleh siram di atas gulungan chee chong fun atau sebagai sos pencicah. Siap untuk dihidang
Penggemar nasi ayam hainan pasti menggemari ayam kukus halia ini. Resipi ringkas tetapi padat dengan rasa autentik masakan Cina. Masakan secara kukus juga baik untuk mereka yang menjaga diet.
AYAM KUKUS CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam )
Menu ringkas untuk masak sotong yang sedap. Hanya guna bahan-bahan yang wajib ada di dapur. Ingat tau masak sotong ni kejap aje. Kalau terlebih masak sotong ni boleh jadi liat pulak. Jadikan kekalkan rasa berjus dan lembutnya dengan memasukkan sotong kemudian dan dimasak sebentar
SOTONG MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
Sotong – dipotong 2 atau kecil bulat-bulat
1 inci halia dihiris halus
3 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 biji bawang besar dihiris besar dan tebal
1 tangkai cili merah dipotong serong.
asam jawa sebesar ibu jari – di buat air asam
minyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Masukkn bawang merah, halia, bawang putih.
Bila sudah wangi boleh masukkan sotong. Goreng sotong hingga hampir garing,
Kemudian masukkn sedikit air perahan asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam.
Tambah air jika suka berkuah.
Kacau sebati hingga mendidih.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
INFO:
Jika suka pedas boleh tambahkan cili padi.
Boleh juga masukkan daun limau purut untuk bau wangi.
Mudah, jimat masa dan sedap aneka resipi boleh dihasilkan hanya berasaskan satu pes sahaja sebagai panduan memasak. Penggunaan pes yang disiapkan pada hujung minggu sangat membantu. Pes yang sama itu boleh digunakan untuk memasak pelbagai resipi dengan sedikit penambahan bahan lain. Yang pasti, kerja memasak lebih pantas dan menjimatkan masa. Selamat mencuba!
PES SAMBAL
BAHAN-BAHAN
100gm cili kering | Dibuang biji dan rendam
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2.5cm belacan | pilihan
½ cawan kecil air asam jawa
Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK
Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ cawan minyak masak.
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
Info chef: Boleh juga dibekukan untuk kegunaan jangka masa yang lama.
MASAK LEMAK MERAH AYAM
XZ
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ayam sederhana besar
2 sudu makan pes sambal
2.5cm kunyit hidup
3 biji cili padi
1 batang serai | ketuk
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugur
1 biji buah tomato | potong empat
1 helai daun kunyit | racik halus
2 helai daun limau purut
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi. Renehkan di dalam periuk bersama sedikit air, dua sudu makan pes sambal, daun limau purut dan serai. Kacau perlahan.
Setelah sedikit mendidih, campurkan sedikit air lagi dan masukkan ketulan ayam. Masukkan juga asam gelugur.
Setelah ayam sudah empuk dan masak, masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau perlahan. Masukkan hirisan buah tomato.
Setelah kuah sudah pekat sedikit, masukkan racikan daun kunyit. Biar daun kunyit lembut sedikit barulah tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahu lebih pedas, masukkan lebih cili padi.
SAMBAL SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor sotong | potong gelang
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 biji bawang merah | racik
1 batang serai | ketuk
3 sudu makan pes sambal
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah yang telah diracik. Setelah agak berbau wangi, masukkan pes sambal dan serai. Tumis dengan api sederhana hingga naik bau.
Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebentar.
Setelah agak kuah telah pekat dan sambal pecah minyak, angkat dan hidangkan.
Info chef: Juga enak jika dimasukkan sedikit petai.
IKAN KEMBUNG STIM BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan kembung bersaiz besar
3 sudu makan pes sambal
1 biji limau kasturi
2 batang bendi | hiris serong
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 biji cili merah | hiris
Garam dan gula secukupnya
Aluminium foil
CARA MEMASAK:
Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
SAMBAL TUMIS TELUR
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur | rebus, buang kulit dan digoreng
3 sudu makan pes sambal
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Panas kan minyak di dalam kuali dan tumis pes sambal hingga terbit bau. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah sambal pecah minyak, masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi dan gaulkan untuk pastikan semua telur bersalut sambal.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika inginkan rasa pedas menyengat.
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam | sederhana besar
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kesum
1 batang bunga kantan
Sedikit daun ketumbar
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum. Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili giling ketika menumis.
SAMBAL TAUHU TEMPE DAN KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN
8 tangkai kacang panjang |basuh dan potong serong
2 ketul tauhu | potong dadu besar
1 keping tempe | potong
2 ulas bawang merah | hiris nipis
1 ulas bawang putih | hiris nipis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng tempe hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit.
Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan kacau hingga naik bau. Masukkan kacang panjang, tauhu dan tempe. Kacau hingga rata, dan masukkan perasa dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
Kemudian angkat dan tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Info chef: Tauhu juga boleh digoreng berasingan jika suka.
SAMBAL BENDI
BAHAN-BAHAN
9 batang kacang bendi | basuh dan potong serong
2 sudu makan pes sambal
2 biji bawang merah | racik
1 ulas bawang putih | racik
Sedikit ikan bilis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan ikan bilis, goreng sehingga garing. Masukkan pes sambal dan kacau hingga naik bau.
Masukkan sayur bendi dan kacau hingga rata. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam secukupnya.
Kemudian angkat, taburkan sedikit bawang goreng sebelum dihidangkan.
Info chef: Boleh campurkan sayur lain juga seperti kacang jika mahu.
DAGING KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN
100gm hirisan daging nipis
Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
3 biji bawang merah | kisar
2 biji bawang putih | kisar
2.5cm halia | kisar
Sedikit jintan manis tumbuk
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan pes sambal
1 biji bawang merah | potong bulat
1 biji cili hijau | hiris
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Daging diperap dengan bahan yang telah dikisar, jintan manis dan kicap manis selama 15 minit. Ketepikan.
Panaskan kuali dan masukkan daging perapan, Setelah air perapan kering meresap ke dalam daging barulah dimasukkan minyak untuk menumis.
Tumis pes sambal bersama daging perapan tadi. Setelah agak naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
Setelah sambal pecah minyak, masukkan hirisan bawang besar dan cili hijau. Kecilkan api dan biar seketika.
Angkat, tabur sedikit daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
NASI GORENG ACACIA TREE KOFFIE
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk nasi sejuk
3 biji bawang merah
1 sudu makan pes sambal
2 biji bawang putih
1 biji telur
Sedikit cili benggala merah dan hijau | potong dadu kecil
Sedikit isi ayam
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Masukkan hirisan isi ayam, cili benggala merah dan hijau. Goreng hingga masak.
Selepas itu masukkan pes sambal, pecahkan telur dan kacau hingga sambal pecah minyak.
Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan nasi sejuk dan gaul sebati.
Masukkan telur dan goreng nasi hingga garing.
Hiaskan dengan sedikit udang yang digoreng berasingan bersama hirisan timun dan tomato segar.
Info chef: Enak dimakan bersama keropok.
CENCARU BAKAR PORTUGIS
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan cencaru saiz besar | belah belakang
2 sudu makan pes sambal
1 batang cili merah | hiris memanjang
1 batang cili hijau | hiris memanjang
3 biji cili padi | hiris kasar
Sedikit buah nanas | potong kiub
Sedikit daun limau purut | hiris
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sedikit pes sambal ke dalam belahan belakang ikan dan lumur pes selebihnya pada ikan bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
Gris sedikit periuk pan dengan sedikit minyak dan bakar atau gril ikan tadi.
Balikkan ikan agar dibakar sekata. Tambah hirisan cili, nanas, daun limau purut dan tambah sedikit pes sambal lagi dan biar ia masak bersama ikan.
Setelah garing, bolehlah angkat dan dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika mahu pedas.
Kongsi Resipi: Terima kasih Chef Mohd Faez b Mohd Khalid dan Chef Mohd Noorshafiq b Hairul Nizam, Acacia Tree Koffie, Century Square, Cyberjaya (terima kasih puan Rozel).
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.