Kalau pergi kedai roti, suka beli roti yang ada Chicken Floss @ Serunding Ayam. Tapi kalau nak beli siap Chicken Floss di kedai bakeri, untuk 1kg saja dah nak dekat RM40. Rupanya, senang je nak buat sendiri chicken floss ni di rumah. Resipi yang dikongsi oleh Raja Azura ini, sangat membantu dan menjimatkan serta terjamin kebersihannya. Jom cuba!
RESIPI CHICKEN FLOSS @ SERUNDING AYAM HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 ketul isi dada ayam 5 tangkai cili kering –beli online di sini 5 biji cili padi – beli online di sini 10 biji bawang merah kecil 6 ulas bawang putih 2 batang serai 3 sudu besar gula ½ sudu serbuk ketumbar ½ sudu teh garam ½ sudu serbuk jintan 100ml santan
Ads
CARA MEMASAK:
1. Rebus isi ayam hingga masak. Kemudian, sejukkan dan carik-carikkan. 2. Kisar semua bahan hingga lumat (kecuali isi ayam) dan masukkan semua sekali ke dalam bread maker (BM).
3. Tetapkan pada menu serunding/bakar (bake), untuk proses seterusnya. Ulang proses hingga floss betul-betul kering.
4. Boleh pilih untuk carik-carikkan isi ayam sebab saya bagi mudah dan cepat proses floss kering (boleh tengok video di sini).
5. Nak masukkan seketul macam saya pun boleh, tapi proses kering tu lama sikit. Jadi terpulang nak ikut yang mana (boleh tengok video di sini)
Hari ni kita terbang ke Indonesia. Buat menu ni pasti ramai yang suka.Siapa yang suka sambal yang pedas kena buat ayam gepuk ala pak gembus ni. Sambal gepuk ni memang tidak dimasak. Kalau tak nak pedas, kurangkan cili lebihkan kacang, begitu juga sebaliknya. Nak pedas lebihkan cili.Nak hidang, ketuk ayam dengan lesung dan letak kubis,,timun,tempe dan tauhu.
AYAM GEPUK ALA PAK GEMBUS
Bahan-bahan:
Ayam bahagian whole leg
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Kunyit hidup atau kunyit serbuk
Daun salam/bay
Garam
Serbuk perasa
Cara membuat:
1.:: Bahan di atas ni,, (halia,bawang putih,lengkuas,kunyit) tumbuk ye. Lepas tu rebus bersama air. Konsepnya macam buat ayam penyet dan rebus hingga betul-betul terasa bahan-bahan tu, lepas ayam dah masak, terus goreng.
Sambal
Bahan-bahan:
Cili padi (agak-agak nak pedas tahap mana nak cantik rupa sambal campur cili padi hijau and merah baru cantik)
Kacang gajus (inilah rahsia sedap sambal)
Minyak bijan (titis je)
Bawang putih
Minyak panas mendidih secukupnya(saya guna minyak goreng ayam tu)
Garam dan perasa
:: Rahsianya pada kacang gajus and minyak bijan.
Cara membuat:
1.Tumbuk atau lenyek bahan-bahan di atas, saya guna lesung kemudian tuang minyak panas.
Min pernah berkunjung ke Kolej Malaysia Food (Authentic) College di Ukay Perdana membuat rakaman foto resipi di sana . Kesemua resipi ini disediakan oleh tenaga pengajar di sini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di kolej ini.
Resipi yang disediakan ‘ternyata sangat kreatif dan inovatif menepati tema yang RASA berikan. Dengan fasiliti dapur yang mampu dimanfaatkan pelajar mengasah skil masakan dan kulinari.
Tetapi bukan bab kemudahan di sini yang menarik perhatian Min tetapi mengenai pelajar-pelajar ‘bertuah’ dapat menimba ilmu masakan disini. Ya, kesemua pelajar di sini cukup gigih kerana mampu belajar walau pun datangnya dari keluarga asnaf yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin.
Peluang mereka terbuka luas kerana adanya insan murni bernama Datuk Chef Mohd Farid Alwi.Chef Farid berpegang kepada 3 prinsip kehidupan iaitu bila mati seseorang anak Adam itu hanya 3 perkara ini yang ditinggalkan di muka bumi iaitu amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang berkekalan.
“Saya mahu ilmu yang saya ada di sini dapat disampaikan menjadi berkekalan dan berlanjutan bila berjaya disampaikan kepada orang lain. Saya direzekikan Allah mendapat ilham untuk berkongsi dengan golongan fakir dan miskin.
Niat saya adalah untuk menyampaikan ilmu, dan bukan bermotifkan duit dan keuntungan. Sebenarnya saya telah mula mengajar bakeri dari tahun 2002 lagi, semasa bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat latihan bakeri di Bandar Baru Bangi.
Dari situ saya mendapat inspirasi untuk membuka kolej sendiri iaitu Bakeri Ria, pada 2007 . Kini bertukar nama kepada Kolej MFA pada awal tahun ini kerana saya meluaskan lagi kepada pengajian seni kulinari dan keusahawanan. Masa awal penubuhan kolej belum ada banyak lagi kolej bakeri Bumiputera.
Sebelum ini Lembaga Zakat tidak menekankan kepada kemahiran untuk pelajar asnaf, tetapi hanya pengajian diploma dan akademik, tetapi dengan adanya sijil kemahiran Malaysia lebih ramai lagi pelajar asnaf dapat menyambung pengajian mereka , “cerita Chef yang berasal dari Merlimau, Melaka ini.
Penglibatan Chef Farid dalam masakan bermula semasa dia bermula bekerja di kedai bakeri dan kek semasa berusia 23 tahun. Pemegang Diploma in Pastry ini juga pernah meraih pengalaman bekerja di hotel berprestij di Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kursus Pembangunan Sumber Manusia menjadi tenaga pengajar “train the trainer”.
Bukan sekadar kepada pelajar asnaf, Chef Farid juga kerap membuat kerja-kerja kebajikan dan kerap ke kawasan kediaman asnaf dengan membawa tepung dan bahan mentah mengajar keluarga asnaf membuat donat.Kesemua bahan mentah itu datangnya dari wangnya sendiri.
“ Pelajar dan golongan asnaf harus dipecahkan daripada mentaliti ‘hanya menerima’ dan harus dipupuk dengan kesedaran untuk berubah serta tidak sekadar bergantung dengan apa yang cukup. Ini lah ‘brain storming’ saya kepada mereka untuk terus majukan diri .
“Setiap kali saya berjumpa bekas pelajar, perkara pertama yang saya ajukan adalah berapa banyak yang dia mampu bagi kepada kedua ibu bapa mereka. Bukan jumlah gaji yang diterima. Bila mereka dapat membantu keluarga itu saya rasakan itulah kepuasan dalam hidup saya. Yang penting mereka mampu keluar dari kepompong kemiskinan.”, akhiri Chef Farid yang juga Mejar dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menyelamat mangsa bencana dan tragedi.
Bagi Chef Farid mudah aje, yakinlah ilmu itu untuk dikongsi bukan disimpan untuk sendiri. Lebih -lebih lagi bila dikongsi dengan golongan tidak berkemampuan maka berkat ilmu dan ‘amal jariah’ itu jadi berlipat kali ganda.
Moga kehadiran awal Muharram ini jadi pembakar semangat untuk kita terus berbuat yang baik-baik dan menjadi orang yang baik-baik.
Ni resipi istimewa dari MFA yang mudah dibuat, jom cuma sajian barat ini.
BAKED SALMON WITH AVOCADO SMASH
BAHAN -BAHAN :
1 keping ikan salmon
1/2 sudu makan minyak zaitun
1/2 sudu teh lemon | diambil jusnya
1/2 biji avokado | yang ranum dilenyek hingga halus
Garam secukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
CARA MEMASAK :
Perasakan ikan bersama minyak zaitun, gram dan daun ketumbar. Perap sebentar.
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10-12 minit. Keluarkan dan ketepikan.
Bagi membuat avocado smash, ambil avokado dan lenyek hingga halus, dalam satu bekas dan kemudian masukkan jus lemon dan gaul hingga rata.
Letakkan avocado smash di atas ikan.
Hidangkan bersama kentang yang dibakar.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar di dalam oven
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Gandingan ikan salmon lemak manis dan buah avokado cukup lazat
Jika sebelum ini kita memilih untuk membeli ayam percik di pasar malam, kini kita terpaksa melupakan keenakan ayam percik kerana pasar malam ditutup dek kerana Covid-19 yang melanda negara kita. Jangan risau, anda kini boleh buat sendiri di rumah dengan resipi perkongsian oleh SuiSan Aliezsha. Bolehlah cuba nanti.
RESIPI AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
Ayam
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Kunyit hidup
Ketumbar
Jintan manis
Garam
Gula
Sos cili
Gula merah
Gula pasir
Tepung jagung
CARA PENYEDIAAN:
1. Cuci ayam, potong dan toskan.
2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.
3. Kemudian, kisar halus ketumbar dan jintan manis.
4. Tumis bahan-bahan tadi tanpa minyak. Pastikan garam dan gula secukup rasa.
5. Kemudian, masukkan ayam dan pastikan ayam dimasak dalam setengah masak.
6. Selepas itu, letak ayam di atas stand. Renjis minyak zaitun atau minyak masak. Bakar pada suhu oven 180 (20 minit) atau air fryer 200 (15 minit), bergantung pada air fryer masing-masing.
CARA PENYEDIAAN KUAH:
1. Kisar cili kering dan bawang putih.
2. Panaskan kuali atau periuk. Masukkan cili dan masukkan sedikit air. Kacau hingga cili masak.
3. Kemudian, masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung.
4. Kacau hingga kuah menjadi pekat.
5. Pastikan gula garam secukup rasa. Jika ada bijan, campur di dalam kuah.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira