Buat Sendiri Coney Dog Ala A&W, Memang Puas Makan

Share

Sedapnya Coney Sosej perkongsian saudari Rrose Rapii ni. Sekali pandang persis Coney Dog di A&W. Resipinya sangat mudah dan tidak renyah. Boleh sangat buat secara homemade dan tentunya lebih jimat. Anak-anak pastinya suka ni. Sedap dan mengenyangkan. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.

RESIPI CONEY DOG ALA A&W

BAHAN-BAHAN:

 

RESIPI GRAVY CONEY DOG

 

CARA MEMASAK:

1.Cairkan mentega dan tumis bawang putih serta bawang holland hingga separuh masak.

  1. Masukkan daging atau ayam kisar. Kacau hingga sebati dan biarkan sehingga air daging atau ayam tadi kering.
  2. Seterusnya masukkan sos cili, sos lada hitam dan sos honey bbq. Kacau lagi hingga rata.
  3. Masukkan serbuk cukup rasa dan juga gula dengan secukupnya.
  4. Kacau sebati sos tadi dan bila sudah cukup rasa, tutup api.
  5. Perasakan mengikut citarasa sendiri dan pastikan ada rasa pedas, masin dan manis.
  6. Untuk menyediakan Coney Dog, kukus roti dan hotdog hingga lembut serta masak.
  7. Sapu marjerin pada roti, letak mayones dan sos lada hitam.
  8. Letak sosej kemudian selit kepingan keju di kiri dan kanan sosej.
  9. Picit sos cili dan mustard dengan secukupnya.
  10. Sudukan sos gravy dengan secukupnya dan kukus roti sekali lagi untuk mencairkan keju.
  11. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rrose Rapii

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur