Harga cream cheese, boleh tahan harganya. Sekali sekala beli tak menjadi masalah tapi kalau selalu beli parah juga sebab sekarang ni dah menjadi trend apapun makanan atau sos yang ada cheese mesti ramai yang suka. Mak-mak jangan risau kalau anak-anak memang ‘hantu’ sos keju. Apa kata buat sendiri cream cheese secara homemade, lebih jimat, murah dan terjamin kebersihannya.
LANGKAH 1: Sediakan 3 Bahan Utama
Sebenarnya banyak je cara nak buat cream cheese ni, tapi ini yang paling murah dan sedap. Ia hanya memerlukan tiga bahan utama, iaitu susu segar, jus limau nipis/lemon. Semua bahan ni mudah dibeli. Perlu diingat pastikan anda menggunakan susu penuh krim kerana ia mempengaruhi tekstur cream cheese yang dihasilkan. Untuk jus limau nipis/lemon, jika tidak ada, anda boleh gunakan cuka.
LANGKAH 2: Panaskan Susu Hingga Panas & Masukkan Jus Limau Nipis/lemon
Untuk hasil 225gram cream cheese, panaskan 1 liter susu dengan api sederhana, biarkan susu panas tetapi tidak sampai susu mendidih ye. Cukup sekadar susu berwap atau ada tanda gelembung kecil di tepi periuk, segera kecilkan api. Campurkan tiga sudu makan jus limau nipis/lemon. Jus limau ini akan menjadikan susu menjadi berketul-ketul keju. Masukkan jus secara sedikit demi sedikit, kemudian kacau perlahan. Jika nampak gumpalan, masukkan lagi jus. Lakukan sehingga susu menjadi ketulan keju dan air terpisah di dalam periuk.
LANGKAH : Tapis Ketulan Keju Dengan Kain Nipis
Tapi gumpalan keju dengan air tadi menggunakan kain putih nipis. Biarkan selama 15 minit sehingga gumpalan keju benar-benar kering.
LANGKAH 4: Kisar Gumpalan Keju
Gumpalan keju yang telah kering dimasukkan ke dalam blender atau foof processor, kemudian tambahkan sedikit garam. Kacau rata hingga menjadi krim lembut. Untuk cream cheese yang lebih creamy boleh tambahkan whipping Cream, dan kacau lagi. Setelah siap cream cheese sedia dipelbagaikan kegunaan ikut cita rasa anda. Sama ada dijadikan campuran cream untuk kek dan roti ia juga boleh dijadikan sos pencicah dengan mencampurkan serbuk cili, serbuk lada hitam hirisan daun bawang atau parsly. Terpulang kepada kreativiti.
Jika Cream Cheese belum sedia digunakan anda simpan di dalam freezer. Ia boleh tahan selama 7-10 hari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI