Harga cream cheese, boleh tahan harganya. Sekali sekala beli tak menjadi masalah tapi kalau selalu beli parah juga sebab sekarang ni dah menjadi trend apapun makanan atau sos yang ada cheese mesti ramai yang suka. Mak-mak jangan risau kalau anak-anak memang ‘hantu’ sos keju. Apa kata buat sendiri cream cheese secara homemade, lebih jimat, murah dan terjamin kebersihannya.
LANGKAH 1: Sediakan 3 Bahan Utama
Sebenarnya banyak je cara nak buat cream cheese ni, tapi ini yang paling murah dan sedap. Ia hanya memerlukan tiga bahan utama, iaitu susu segar, jus limau nipis/lemon. Semua bahan ni mudah dibeli. Perlu diingat pastikan anda menggunakan susu penuh krim kerana ia mempengaruhi tekstur cream cheese yang dihasilkan. Untuk jus limau nipis/lemon, jika tidak ada, anda boleh gunakan cuka.
Ads
LANGKAH 2: Panaskan Susu Hingga Panas & Masukkan Jus Limau Nipis/lemon
Untuk hasil 225gram cream cheese, panaskan 1 liter susu dengan api sederhana, biarkan susu panas tetapi tidak sampai susu mendidih ye. Cukup sekadar susu berwap atau ada tanda gelembung kecil di tepi periuk, segera kecilkan api. Campurkan tiga sudu makan jus limau nipis/lemon. Jus limau ini akan menjadikan susu menjadi berketul-ketul keju. Masukkan jus secara sedikit demi sedikit, kemudian kacau perlahan. Jika nampak gumpalan, masukkan lagi jus. Lakukan sehingga susu menjadi ketulan keju dan air terpisah di dalam periuk.
LANGKAH : Tapis Ketulan Keju Dengan Kain Nipis
Tapi gumpalan keju dengan air tadi menggunakan kain putih nipis. Biarkan selama 15 minit sehingga gumpalan keju benar-benar kering.
Ads
LANGKAH 4: Kisar Gumpalan Keju
Gumpalan keju yang telah kering dimasukkan ke dalam blender atau foof processor, kemudian tambahkan sedikit garam. Kacau rata hingga menjadi krim lembut. Untuk cream cheese yang lebih creamy boleh tambahkan whipping Cream, dan kacau lagi. Setelah siap cream cheese sedia dipelbagaikan kegunaan ikut cita rasa anda. Sama ada dijadikan campuran cream untuk kek dan roti ia juga boleh dijadikan sos pencicah dengan mencampurkan serbuk cili, serbuk lada hitam hirisan daun bawang atau parsly. Terpulang kepada kreativiti.
Ads
Jika Cream Cheese belum sedia digunakan anda simpan di dalam freezer. Ia boleh tahan selama 7-10 hari.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Cili boh atau cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam.
Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.Kemudian toskan.(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye..Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.
4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba…
Masak nasi menggunakan periuk elektrik atau periuk biasa, pasti meninggalkan kerak nasi. Sayangnya! Nak makan tak sedap, nak dibuang sayang. Oleh itu, apa kata cuba masak nasi secara kukus. Dengan cara ni nasi tak akan ada kerak malah lebih sedap dan cepat masak. Nasi pun tak lebih dan boleh elakkan pembaziran. Jadi jika periuk nasi elektrik anda rosak, jangan susah hati. Boleh masak cara ni.
Dah 3 tahun takde rice cooker. Habis tu masak nasik macam mana? Saya guna pengukus je. Ada yang dah tahu cara dia kan? Ok yang belum tahu ni cara saya. Saya guna loyang 7@8 inci (untuk 5-6orang ). – Ita Marsita
BAHAN-BAHAN:
Beras – ikut sukatan yang biasa anda masak
Air – ikut sukatan air untuk masak nasi yang biasa
CARA-CARA:
1. Bersihkan beras macam biasa dan sukat air.
2. Masukkan beras dan air ke dalam loyang dan letak dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak.
3. Untuk tahu nasi sudah masak atau belum, jika air dalam loyang dah kering, itu tandanya nasi dan masak.
4. Jika masak nasi untuk seorang, boleh guna bekas kecil sahaja.
5. Masak cara ni juga boleh jimatkan masa memasak. Caranya ialah dengan kukus nasi bersama lauk dan sayur. Satu tingkat masak lauk dan satu tingkat untuk nasi.
6. Pastikan nasi berada di bahagian atas supaya air tidak jatuh atas nasi.
Tauhu telur memang enak dimasak dengan pelbagai cara masakan. Ada yang letak dalam sup, masak sambal, masak sos tiram dan sebagainya. Tapi teksturnya yang lembut kadang-kala menjadikan tauhu ini hancur dan nampak tak cantik apabila dihidangkan.
Menerusi perkongsian Puan Nor Azua Amlan, bagi mengelakkan tauhu telur hancur, sebelum dimasak salutkan hirisan tauhu dengan tepung gandum. Kemudian goreng seketika. Angkat dan toskan minyak. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa masing-masing.