Sedapny Creamhorn Crumble berinti kastard ni. Memang enak lebih-lebih lagi kalau makan yang baru keluar dari peti sejuk. Pastri yang rangup dan ditutupi dengan crumble enak. Ada pula inti yang berkrim. Memang sangat mengasyikkan.

Bagi anda yang teringin nak cuba tapi susah nak jumpa orang yang jual, ha…resipi mudah perkongsian saudari Shima Maz dari Singapura ini boleh dicuba. Memang terbaik!

 

CREAMHORN CRUMBLE BERINTI KASTARD

Buat Sendiri Creamhorn Crumble Sedap Guna Resipi Mudah Ni

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket puff pastry saiz 8″
  • 1 biji telur – dipukul sedikit untuk gam
  • Acuan creamhorn secukupnya – kalau tak ada boleh DIY sendiri. Guna kertas keras@manila kad buat acuan kon dan balut dengan aluminium foil

BAHAN CRUMBLE:

CARA MEMASAK:

1. Ambil sekeping puff pastry, potong 7 bahagian ( Puan Shima potong 10 bahagian).

Buat Sendiri Creamhorn Crumble Sedap Guna Resipi Mudah Ni

Ads

2. Ambil satu dan canai hingga nipis menggunakan kayu penggelek. Letakkan dihujung acuan dan lilitkan. Sapukan telur dihujungnya supaya melekat. Buat sehingga habis.

Buat Sendiri Creamhorn Crumble Sedap Guna Resipi Mudah Ni

3. Sapukan telur di permukaan pastri dengan menggunakan berus, kemudian golekkan diatas crumble tadi.

Buat Sendiri Creamhorn Crumble Sedap Guna Resipi Mudah Ni

4. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 200c selama 25 minit @ sehingga kuning keemasan, mengikut oven masing-masing.

Buat Sendiri Creamhorn Crumble Sedap Guna Resipi Mudah Ni

5. Keluarkan pastri creamhorn dari acuan dan sejukkan sebelum meletakkan inti.

Buat Sendiri Creamhorn Crumble Sedap Guna Resipi Mudah Ni

BAHAN INTI VANILLA KASTARD:

  • 2 cawan susu segar/susu cair beli online disini
  • 2 sudu besar tepung kastard beli online disini
  • 2 sudu besar tepung gandum 
  • 6 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila beli online disini
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan whipping cream – (Puan Shima guna non-dairy whipping cream. Jika tiada, boleh abaikan tetapi letak whipping cream rasa inti akan lebih sedap)

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan semua bahan inti kecuali mentega dan whipping cream. Kacau sebati dan masak dengan api sederhana.

2. Kemudian masukkan mentega. Sentiasa kacau sehingga kastard menjadi pekat. Tutup api dan sejukkan.

3. Pukul whipping cream sehingga kental dan campurkan ke dalam kastard yang telah sejuk tadi. Kaup balikkan hingga sebati.

4. Masukkan kastard ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam pastri Creamhorn yang telah sejuk tadi. 

Buat Sendiri Creamhorn Crumble Sedap Guna Resipi Mudah Ni Buat Sendiri Creamhorn Crumble Sedap Guna Resipi Mudah Ni    5. Sedia untuk dinikmati.

Buat Sendiri Creamhorn Crumble Sedap Guna Resipi Mudah Ni

INFO:

  1. Adunan ini boleh dapat 35 biji Creamhorn
  2. Pastri perlu dicanai hingga nipis supaya bila masak, teksturnya menjadi garing dan tidak tebal.

 

Ads

Kredit foto & dicuba oleh: Shima Maz

Kredit resipi asal: Nureen Frozen Food

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali

Buat Sendiri Roti Sandwic Homemade Guna Resipi Mudah Ni

Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI