
Daging burger di pasaran dijual dengan kadar berat yang tertentu. Bagi peminat burger, daging burger yang tebal lebih digemari berbanding daging burger yang nipis. Jadi, RASA terpanggil untuk berikan resipi membuat darging burger sendiri supaya korang lebih puas untuk makan burger kegemaran.

Bahan-bahan
500 gram daging cencang
1/2 biji bawang Holland (dicencang)
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh sos lea & perrins
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Cara memasak
1. Gaulkan daging bersama bawang holland, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan sos lea & perrins. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah dengan secukup rasa.
2. Ambil adunan daging dan bulatkan. Rehatkan sebentar.
3. Panaskan kuali dan masak daging selama 15 minit atau sehingga menjadi garing.
4. Hidangkan bersama roti burger, salad, tomato, keju cheddar, mayones, sos cili dan sos mustard.

Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging Palembang Ringkas & Sedap, Boleh Cuba Ni!

Macam-macam versi orang masak Daging Palembang, tapi menariknya daging ini tetap sedap dengan rasa gabungan pedas dan manis kicap yang sangat sedap sebagai hidangan keluarga di hujung minggu atau lauk untuk kenduri kerana ia lebih mudah dimasak berbanding rendang daging biarpun rasanya hampir sama.
DAGING PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging – potong lebar dan nipis
- 3 batang serai – titik
- 750 ml santan pekat
- 250 gm kicap manis
- 150 ml minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 3 cm lengkuas
- 15 tangkai cili kering
- 3 cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, kemudian tumis bahan penumis, bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga air daging keluar dan biarkan seketika.
- Masukkan kicap, diikuti dengan santan. Biarkan mendidih hingga daging mula empuk.
- Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat dan timbul minyak.
Resipi Daging Air Asam Paling Sempoi Tapi Buka Selera.

Bila tiba bulan puasa, menu seperti air asam, panggang dan bersup emmang antara yang menjadi pilihan ramai. Memang berselera orang kata kalau dapat berbuka dengan lauk macam ni. Bagi anda yang menggemari hidangan air asam, menu di bawah ni boleh cuba. Sempoi sangat bahan-bahannya tapi rasa pasti sedap.
DAGING AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 2 biji tomato – dihiris
- 2 biji limau kasturi
- 8-10 biji cili padi – dihiris
- 1cm belacan – boleh lebihkan. Lagi sedap
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan daging dan rebus hingga empuk.
- Satukan semua bahan hiris, belacan dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Perahkan jus limau kasturi. Pastikan biji dibuang terlebih dahulu.
- Bila daging dah empuk, hiris nipis kemudian masukkan ke dalam mangkuk beriis bahan-bahan yang dihiris tadi.
- Tambahkan air rebusan daging secukupnya bergantung pada jumlah daging.
- Rasa dan tambah perasa jika kurang. Jika suka rasa yang masam, tambahkan jus limau kasturi atau limau nipis ikut citarasa.
- Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zurini Ismail
Resipi Bajet Daging Soya, Mudah & Mengenyangkan

Pernah makan daging soya? Daging soya ni mudah simpan (kering, tahan lama, tak perlu peti ais) dan murah. Sesuai juga untuk mereka yang kurang makan daging.
Ia halal kerana diperbuat daripada protein soya. Daging Soya ni juga dikenali sebagai TVP (textured vegetable protein). Selain tauhu dan tempe, TVP juga adalah sumber protein berasaskan soya.
Jom kita masak dengan resipi daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan.
RESIPI DAGING SOYA BEREMPAH

BAHAN-BAHAN: (2-3 ORANG MAKAN):
150g daging soya kering (saya beli di kedai runcit, harganya RM3/250g)
10 biji bawang merah ros – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci halia
1 batang cili merah – beli online di sini
1 batang cili hijau
1 sudu besar serbuk kari daging – beli online di sini
1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji tomato (besar)
2 sudu besar kicap masin – beli online di sini
100ml yogurt
1 batang daun ketumbar

CARA MASAK:
TONTON Dapur Rasa Live: Kuah Rojak Mi
TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®: Kari Ayam
*Oleh kerana kita guna protein soya, maka ia kurang rasa umami, jadi kita gunakan tomato untuk sebagai sumber umami alternatif. Umami ni adalah rasa yang kita dapat dari air rebusan tulang, daging, ayam, ikan bilis dan sebagainya.
1. Bahan yang paling mahal kita akan gunakan dalam resepi ni adalah cili. Oleh itu boleh kata, resepi ni resepi bajet tapi tak terlalu memudaratkan. Daging soya ni tinggi protein dan mengenyangkan.
2. Cara nak sediakannya, mudah. Rebus dalam air, dan diperasakan dengan garam. Ia akan kembang, dan selesai masak dalam 5 minit. Dalam dia padat. Daging soya ni rasa macam daging tak?
3. Sejujurnya, tak. Ia tiada rasa daging, dan teksturnya mirip bakso yang ringan atau takua. Namun begitu, kalau dimasak dengan resepi yang betul, ia akan jadi hidangan yang sedap.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Setelah itu, kita tumis bawang ros, bawang putih, halia, cili merah dan hijau dalam kuali. Bahan-bahan ni dipotong kasar sahaja, dan ditumis sampai layu dan harum.
5. Masukkan daging soya yang dah ditos dan diperah tadi. Tumis sampai sebahagiannya jadi garing dan perang gelap. Ini akan menjadikan daging ini lebih menarik bila dimakan nanti.
6. Okay, masa untuk letak rempah. Taburkan serbuk kari daging, cili, ketumbar dan kunyit. Tambah sedikit minyak, dan gaul sampai rempah ni menyelaputi daging soya kita.

7. Pada waktu ini, boleh letakkan 2 sudu kecil garam dan gula. Sambung tumis sampai rempah tadi tiada bau dan rasa mentah. Jangan berhenti menggaul supaya tak hangus.
8. Tambahkan yogurt. Kalau tiada yogurt, boleh letak tairu, dahi, santan, susu segar, susu sejat atau ghee. Daging soya ni hampir tak ada lemak, jadi penting untuk kita letak sumber berlemak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
9. Tambah air secawan. Tadi kita dah masak daging soya sampai kering, jadi bila kita letak air ni, ia akan serap rempah dan perasa yang kita dah letak. Perasa dengan garam, kicap masin dan gula.
10. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Kalau kurang masam, tambah asam. Kalau nak lebih rasa macam daging, letak kiub perasa daging atau air rebusan tulang. Masak sampai kering.
11. Tada! Tabur sedikit daun ketumbar supaya naik kesegarannya. Daging soya berempah ni sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Padan dengan sayur kobis goreng kunyit.
*1 pek (250g berat kering) RM3, boleh masak hidangan untuk 4-6 orang makan.
Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Mudah Sangat Nak Buat Sambal Ikan Pauh Muda, Guna 5 Bahan Je
Ada Roti Lebih Di Rumah? Boleh Buat Kudapan Roti Goreng Pedas
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

