Fucuk soya homemade ni memang banyak guna dan sedap dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Letak dalam lontong boleh, sayur goreng jawa, sup sayur dan macam-macam lagi.
Rupanya senang sangat nak hasilkan fucuk ni. Assnya hanya memerlukan air kacang soya dan masak dengan api perlahan hingga memebentuk lapisan fucuk. Sangat murah kosnya. Namun sedikit mengambil masa.
Menerusi FB Norlela Abdul Lahak, beliau berkongsi cara-cara membuat fucuk secara homemade
hanya guna air soya. Mudah sangat. Malah kebersihan lebih terjamin dan lebih yakin untuk digunakan. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.1.Bersihkan kacang soya dan rendam selama 6 jam.
2.Masukkan kacang soya ke dalam blender. Tuang air sama paras dengan kacang. Kisar halus.
3.Tuang kisaran ke dalam kain kasa atau penapis serbuk teh (penapis kain). Perah untuk ambil airnya. Kisaraan kacang soya boleh diulang 2 kali untuk ambil airnya. Kemudianb uang hampas.
4. Masukkan air soya ke dalam kuali atau periuk besar. Masak air soya guna api perlahan sahaja. Tunggu hingga lapisan atas air soya membentuk lapisan yang berkedut.
5.Ambil chopstick dan angkat lapisan fucuk tadi.
6.Bila sudah diangkat, salai atau jemur fucuk tadi untuk mengeringkannnya. Lebih elok jika jemur di tengah panas.
Kredit resipi & foto: Norlela Abdul Lahak
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official