Kudapan sambil tengok TV boleh buat tak berhenti mengunyah. Jom kita buat jajan homemade menggunakan cornflakes dan kekacang dengan resipi yang dikongsikan Afieza Ariffin.
Sedap tau sebab rasanya macam muruku. Ada rasa pedas sebab guna cili padi. Boleh buat bersama anak-anak kerana prosesnya sangat mudah dan cepat siap.
CORNFLAKES ALA MURUKU
BAHAN-BAHAN:
250gm marjerin – beli online di sini
Hirisan cili padi
Daun kari
1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
1 sudu kecil cumin powder (optional)
1 sudu besar mango powder (optional)
1 sudu besar gula – beli online di sini
1 sudu besar madu
2 kotak Nestle cornflakes
Gajus
Kacang tanah goreng
Kacang dhal goreng
Kismis
CARA MEMBUAT:
1. Cairkan marjerin.
2. Tumis cili padi dan daun kari hingga wangi.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan serbuk cili, cumin powder, mango powder, gula dan madu.
4. Masukkan cornflakes, semua jenis kekacang dan kismis. Kacau rata dengan api perlahan selama 15-20 minit. Siap!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Kredit resipi: Afieza Ariffin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: