Buat Sendiri Jeruk Bawang Putih. Gaul Dengan 3 Bahan, 5 Hari Dah Boleh Makan

Share

Bawang putih manfaatnya bukan saja untuk masakan malah sejak dari dulu lagi khasiat untuk perubatan dan kesihatan dari bawang ini sudah diakui.

Nak lebih banyak khasiat bolehlah dimakan mentah namun jika ‘tak tertelan’ boleh juga cuba buat jeruk bawang putih. Rasanya lebih sedap terutama bila dimakan dengan mi goreng, hidangan sup atau bakar.

Cara buat jeruk bawang putih boleh ikut panduan yang dikongsikan oleh Puan Zura Khalid. ini.

Buat sendiri jeruk bawang putih

Bahan-bahan:

Bawang putih (pilih yang ada warna ungu lebih berkhasiat)
1 sudu teh gula perang
1/2 sudu teh garam pink
Cuka makan (kuantiti sampai bawang putih tenggelam)

 

Cara membuat:
  1. Kupas bawang putih, basuh dan tos seketika.

3. Kemudian isi dalam balang. Campurkan bahan-bahan seperti cuka, garam dan gula. Gaul dan tutup.

5. Simpan selama lima hari. Tapi disebabkan saya tak sabar hari ke-4 dah buka dan terus makan.

 

Rasanya sedap, rangup dan rasa bawang putih tak sekuat macam kita makan mentah.

Sumber: Zura Khalid

 

Published by
Rose