Jeruk betik antara asam yang jadi kegemaran ramai. Ia jadi sebahagian jajan terutama selepas makan. Jeruk betik ini kalau nak yang sedap kena buat sendiri supaya rasa masam dan manis boleh ikut cita rasa sendiri.
Jika di rumah ada tanam pokok betik, elok sangat cuba buat. Petik tiga atau empat biji betik muda dah boleh jadi jeruk. Panduan membuatnya boleh ikut cara yang diajarkan oleh chef terkenal, Chef Asma.
Jeruk betik ini tak gunakan pengawet dan rangup, itu yang buat makin sedap.
3 – 4 biji betik mangkal- betik yang keras bukan yang dah masak
3 sudu besar kapur makan
1 cawan cuka
1 cawan gula pasir kasar
5 sudu kecil garam halus
15 biji asam boi putih
20 biji cili padi – ( 10 biji di hiris, 10 biji tak perlu hiris) – boleh kurangkan jika tak suka pedas
1.Kupas kulit buah betik nipis sahaja. Kemudian potong seperti dalam gambar di atas. Tebal lebih kurang setengah sentimeter, jangan nipis dan jangan tebal sangat.
2. Rendam dengan air paras buah betik sahaja. Masukkan kapur makan, ramas sikit kapur supaya hancur. Rendam selama 1 – 2 jam.
3.Selepas rendam, tos hingga kering bagi kering.
4. Masukkan betik ke dalam bekas, satukan dengan cuka, gula, garam, asam boi & cili padi.
5. Pakai sarung tangan, gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam chiller.
6. Simpan semalaman, enak dimakan sejuk. Simpan di luar pun ok.
Selamat mencuba.
Sumber: Chef Asma