Makan

Buat Sendiri Jeruk Ikan Masin Tenggiri Dalam Minyak, Dijamin Bersih & Boleh Makan Tanpa Ragu-Ragu

Share

Walaupun sedap dimakan selepas digoreng tapi ramai yang berasa waswas untuk membeli jeruk ikan masin tenggiri yang ada di pasaran. Ini kerana keraguan terutama sekali dalam aspek kebersihan.

Agar keenakan  jeruk ikan tenggiri ini boleh kita nikmati tanpa waswas apa kata buat saja sendiri di rumah. Mendapat resipi ini daripasa seorang sahabat muallaf, Suria Abdullah menurunkan panduan untuk menghasilkan jeruk ikan masin tenggiri dalam minyak ini untuk kita hasilkan sendiri.

Buat sendiri jeruk ikan masin tenggiri (dalam minyak)

Bahan-bahan

Ikan tenggiri (boleh juga ikan lain seperti kembung,gelama atau ikan bersisik
Garam kasar
cuka makan
Asam keping
Bekas kedap udara atau tempayan

Cara membuat

1. Buang isi perut dan bersihkan ikan.

2. Potong ikan tapi jangan kecil sangat (boleh juga jika dipotong selepas diperam).

3. Sediakan cuka dalam bekas yang mudah untuk celup ikan tenggiri dan sediakan juga bekas kedap udara..

4. Ikan yang siap dibersih dijemur sekejap di tempat panas terik upaya air ikan sejat, lbih kurang 15 minit. Jangan lama kerana ikan akan kering, isi akan jadi keras.

5. Celup ikan tadi dalam air cuka dalam 2-3 kali kemudian terus letak dalam bekas kedap Udara.

6. Tabur garam kasar jangan terlalu banyak supaya tak terlalu masin. Agak-agak sukatannya.

7. Kemudian letak asam keping dalam 3 atau 4 keeping. Ulang proses tadi sampai ikan habis.

8. Peram ikan selama 7 hari. Pastikan kedap Udara dan tiada ruang yang boleh serangga masuk. Simpan bekas peram ikan tadi dalam tempat yang sesuai..

9. Cukup 7 hari, sediakan bekas kedap udara dan minyak masak yang bersih.

10. Cuci ikan tadi bawah air paip, tos agar air ikan turun.

11. Simpan ikan dalam bekas dan tuang minyak masak, pastikan ikan tenggelam dalam minyak. Simpan satu malam dulu baru siap untuk digoreng.

Jeruk ikan tenggiri boleh dibuat pelbagai menu sama ada sayur kailan ikan masin,nasi goreng ikan masin,makan dengan bubur atau ubi rebus memang sedap.

INFO: Tujuan ikan di rendam dalam minyak masak supaya isi ikan dalam lebih lembut dan lagi sedap..minyak masak juga sebagai bahan pengawet untuk ikan tahan lebih 6 bulan.

Kredit resipi & foto: Suria Abdullah

 

 

Published by
Rose