Suka makan Kaya Pandan bersama roti kukus macam dekat Boat Noodle tu? Ni ada resipi Kaya Pandan homemade ala restoran terkenal yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Nikmatnya..Rasa pun sangat sedap. Sekali buat, boleh makan satu keluarga. Dah jimat banyak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Fazelina Isa ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK KAYA PANDAN ALA BOAT NOODLE

BAHAN-BAHAN:
1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar)
1 cawan susu cair – beli online disini
1 cawan gula (empunya resipi guna 3/4 cawan sahaja) beli online disini
1 kotak santan (200gm) beli online disini
2 sudu makan susu pekat manis beli online disini
3 sudu makan tepung jagung beli online disini
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau jika suka beli online disini

Ads

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecil.
2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga adunan jadi berkilat.
3. Bila adunan sudah berkilat, itu tandanya kaya sudah masak. Boleh diangkat dan dinikmati.

INFO: Simpan sekaya dalam bekas bertutup dan diletakkan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Kredit resipi & foto: Fazelina Isa

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Pedas & Sedap. Sotong Phat Phet Thai Ni Memang Rugi Kalau Tak ‘Try’

Ads

Resipi Mi Goreng Basah Tauhu Hancur. Sangat Sedap & Tak Guna Telur

Masak Kuah Mee Udang Penang Mari Ikut Resipi Mak. Sedap Tak Terkata!

Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap & Mudah

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=cOLTmspD_Jc

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI